Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei HarmonyOS

Dah Lebih 200 Juta Peranti Guna HarmonyOS, Versi Global Ditawar Tahun Depan

Diterbitkan Disember 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Masihkah anda ingat yang September lalu bahawa peranti yang menggunakan HarmonyOS sudah menghampiri 100 juta.

Huawei ketika melancarkan sistem operasi baharu mereka sejak perpisahan bersama GMS telah menyasarkan sebanyak 200 juta peranti yang menjalankan sistem operasi tersebut menjelang penghujung tahun 2021.

Nampaknya sasaran Huawei itu berjaya kerana mereka baru-baru ini mengumumkan sebanyak 220 juta peranti sudah menggunapakai HarmonyOS.

Dah Lebih 200 Juta Peranti Guna HarmonyOS, Versi Global Ditawar Tahun Depan

Sejak diperkenalkan, HarmonyOS dikatakan jarang memberikan masalah tetapi buat masa ini ia masih belum ditawarkan kepada pasaran global.

Namun begitu, menurut Huawei, mereka bakal menawarkan HarmonyOS versi global kepada pengguna bermula tahun 2022. Selain itu, mereka juga mendakwa walaupun ketiadaan Android, HarmonyOS mampu memberikan peningkatan prestasi sebanyak 10%.

Pada masa yang sama, HarmonyOS 3.0 pun sudah mula diperlihatkan di mana percubaan beta akan diberikan sekitar suku pertama tahun hadapan. Bagaimanapun, tarikh pelancarannya tidak didedahkan lagi.

Sumber: gizchina

Baca juga:

  • Reaksi Awal Huawei P50 Pocket – Enjin P50, Luaran Mini

  • Ada Dokumen Dakwa Huawei Terlibat Dengan Pengawasan Kerajaan China

  • Dia Kembali, HUAWEI P50 Pro Akan Masuk Malaysia – Guna Snapdragon 888

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY