
Bermakna, HarmonyOS bukan hanya untuk telefon pintar semata-mata, tetapi ia bakal digunakan tablet, jam tangan pintar, TV pintar, rumah pintar, peranti kesihatan, kereta pintar dan juga internet benda (IoT).

Selain itu, apa yang cuba dipertengahkan Huawei kali ini agak menarik juga kerana antara mukanya (UI) diberi nafas baharu walaupun sekali pandang mirip iOS.
Baca juga - Bukan Huawei, Leica Mungkin Akan Kerjasama Dengan Xiaomi
Ini termasuk ikon, paparan utama, paparan lockscreen, folder, control panel serta widget. Tambah Huawei, mereka mengatakan HarmonyOS lebih cekap dan ditingkatkan prestasi.

Selain menjimatkan tenaga telefon pintar, Huawei juga berkata mereka punya lebih baik berbanding iOS terutama ketika melakukan multi-tugasan.
Sebagai contoh, ketika melihat produk dalam aplikasi e-dagang, pengguna beralih kepada aplikasi media sosial misalnya. Setelah selesai, apabila kembali untuk melihat produk itu semula, kebiasaannya ia sudah disegar semula (refresh).
Baca juga - Kereta Pintar Ini Dipandu Oleh Sistem Operasi HarmonyOS Dari Huawei
Di samping itu, Huawei memperlihatkan juga bagaimana peranti mereka mudah untuk berkomunikasi antara telefon pintar dengan tablet atau komputer. Perkara ini ibarat mengikut jejak langkah Samsung Dex dan juga ekosistem Apple sendiri.

Kata Huawei, terdapat kira-kira 100 model bakal dapat sistem operasi tersebut. Oleh itu, ini adalah senarai telefon pintarnya yang bakal menerima naik taraf HarmonyOS bermula 2 Jun.


Berkaitan
- ZTE Tidak Berhasrat Guna HarmonyOS Untuk Telefon Mereka Tahun Ini
- Dapatkan Huawei Mate 30 Pro Pada Harga RM 1999 Sempena 9.9 Super Sale
- Tempahan Awal Huawei MateBook D15 Dibuka Dengan Harga RM2499
- Dah Lebih 200 Juta Peranti Guna HarmonyOS, Versi Global Ditawar Tahun Depan
- HarmonyOS Akan Rasmi Pada April, Huawei Mate X2 Jadi Pertama Yang Guna
- Mahu Ikut Jejak Sony Dan Microsoft, Huawei Mungkin Hadir Dengan Konsol Gaming Sendiri
- Tablet OPPO, Mungkin Rupa Macam Huawei Dan Guna ColorOS Khusus
- Huawei Watch 3 Diperkenal, Lebih Banyak Ciri Kesihatan
- Huawei MatePad Mula Dijual Pada 9 September Berharga RM 1,399
- Mungkin Ini Rekaan Huawei P50 Pro+, Hadir Dengan 6 Kamera