Ada Dokumen Dakwa Huawei Terlibat Dengan Pengawasan Kerajaan China

Berikutan isu Huawei dengan Amerika Syarikat yang menyebabkan sekatan Huawei di sana, jenama itu telah banyak kali menafikan tuduhan mereka terlibat dengan pengawasan kerajaan China.

Pun begitu, melalui laporan daripada The Washington Post, mereka telah menemui beberapa bukti dikatakan bahawa syarikat Huawei terlibat dengan projek pengawasan kerajaan China menerusi semakan 100 pembentangan PowerPoint oleh Huawei.

Walaupun ada dari kebanyakan slaid pembentangan itu adalah sulit, The Washington Post mengatakan sebelum ini ia telah disiarkan pada laman rasmi Huawei sebelum dibuang pada tahun lepas.

Antara kandungan slaid tersebut adalah:

  • Teknologi analisis rakaman suara

  • Sistem pemantauan dan pengawasan penjara

  • Penjejakan lokasi

  • Pengawasan oleh kerajaan Xinjiang

  • Sistem pemantauan dan pengawasan staf korporat




The Washington Post masih belum dapat mengesahkan slaid pembentangan itu ditujukan siapa atau bila ia dibentangkan. Tetapi mengatakan kebanyakan daripadanya disiapkan pada tahun 2014 lagi, dan disunting paling terkini tahun lepas.

Pihak Huawei walau bagaimanapun telah memberi maklum balas kepada The Washington Post bahawa mereka tidak tahu menahu projek yang dinyatakan dalam laporan The Washington Post.

Sumber: The Washington Post

Baca juga: