Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P50 Pro

Dia Kembali, HUAWEI P50 Pro Akan Masuk Malaysia – Guna Snapdragon 888

Diterbitkan Disember 9, 2021 oleh Amsyar Latif

“A legend reborn”, itulah yang dinyatakan Huawei Malaysia di mana peranti P50 Pro akan dibawa masuk buat pasaran tempatan tidak lama lagi.

Jika di China, P50 Pro menggunakan cip Kirin 9000, varian yang dibawa masuk ke Malaysia pula tampil dengan Snapdragon 888 tapi tiada sokongan 5G, hanya 4G sahaja.

Selain itu, turut didatangkan dengan konfigurasi memori 8GB RAM serta storan dalaman 256GB. Sementara skrin seluas 6.6 inci OLED beresolusi 2700×1228 ditawarkan bersama-sama kadar segar semula 120Hz.

P50 Pro

Tidak dilupakan, fokus utama siri Huawei ini semestinya adalah kamera. P50 Pro dilengkapi 50MP lensa utama, 40MP lensa mono, 13MP ultra-lebar dan 64MP telefoto periskop. Manakala lensa swafoto pula 13MP.

Lain-lain spesifikasi adalah termasuk bateri 4360mAh, pengecasan pantas 66W, Bluetooth 5.2, NFC, penarafan IP68 dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS.

Buat masa sekarang, belum diketahui lagi tarikh pelancarannya. Namun, dijangka tiba pada bulan Disember ini.

Sumber: Facebook Huawei Malaysia

Baca juga:

  • Huawei “Flip” Mungkin Dilancar Tahun Ini, Pesaing Samsung Tapi Harga Lagi Murah

  • Ini Rupa Siri Samsung Galaxy Tab S8, Saiz Skrin Sebesar ‘Laptop’

  • Telefon Terbaik Bawah RM1500 (2021)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY