Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Copilot WhatsApp_1

Copilot Tidak Lagi Tersedia WhatsApp Mulai 15 Januari 2026

Diterbitkan November 27, 2025 · Dikemas kini November 27, 2025 oleh Amalina Athman

Microsoft mengumumkan bahawa Copilot akan menghentikan sokongan di WhatsApp, bermula 15 Januari 2026.

Selepas tarikh tersebut, perkhidmatan ini tidak lagi akan berfungsi di platform pemesejan itu. Namun, pengguna masih boleh berinteraksi dengan Copilot melalui aplikasi dan platform lain, termasuk aplikasi mudah alih untuk Android atau iOS, web serta Copilot di Windows.

Platform-platform ini mengekalkan semua ciri utama Copilot yang biasa digunakan, serta menawarkan lebih banyak fungsi tambahan seperti Copilot Voice, Vision dan Mico.

Bagi pengguna yang ingin menyimpan rekod perbualan, Microsoft menasihatkan supaya mengeksport sejarah sembang sebelum 15 Januari 2026.

Menurut Microsoft, perubahan ini berlaku susulan kemas kini polisi WhatsApp yang mengharamkan semua chatbot model bahasa raya (LLM) bukan Meta di platform itu.

Selain Copilot, OpenAI sebelum ini turut memaklumkan sokongan ChatGPT di WhatsApp akan dihentikan pada tarikh sama.

Berkaitan

  • Copilot Vision Kini Tersedia Pada Semua Pengguna Edge
  • 4 Ciri Baru Untuk PC Copilot+ Dan 1 Ciri Dibuang Dari Kemas Kini Windows 11 25H2
  • Tiada Lagi ChatGPT Di WhatsApp Selepas 15 Januari 2026
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY