Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
4 Ciri Baru Untuk PC Copilot+ Dan 1 Ciri Dibuang Dari Kemas Kini Windows 11 25H2

4 Ciri Baru Untuk PC Copilot+ Dan 1 Ciri Dibuang Dari Kemas Kini Windows 11 25H2

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda pengguna Windows 11, anda sepatutnya sudah mula menerima kemas kini baharu iaitu versi 25H2.

Kemas kini Windows 11 25H2 mula ditawarkan secara berperingkat sejak awal Oktober lalu.

Walaupun kemas kini ini tidak memperkenalkan ciri baharu yang besar, ia mengaktifkan penambahbaikan yang telah diperkenalkan secara berperingkat sepanjang tahun lalu bagi memastikan PC anda sentiasa dikemas kini dengan ciri terkini.

windows 25H2 latest

Berikut adalah 4 ciri utama baharu yang diperkenalkan dalam kemas kini Windows 11 25H2. untuk PC Copilot+:

  • Recall (masih dalam peringkat Pratonton) – Ciri ini membolehkan pengguna mencari semula aktiviti lalu dengan lebih pintar menggunakan snapshot AI daripada aplikasi, laman web dan dokumen.
4 Ciri Baru Untuk PC Copilot+ Dan 1 Ciri Dibuang Dari Kemas Kini Windows 11 25H2
Recall membolehkan anda mencari kandungan, termasuk imej dan teks, menggunakan petunjuk yang anda ingat.
  • Click to Do – Ciri tindakan pantas berasaskan AI ini membantu pengguna menyelesaikan tugasan lebih cepat dengan mengenal pasti teks dan imej yang sedang berada di skrin mereka seperti membuat ringkasan ayat dan sunting imej bagi membuang latar belakang atau objek.

4 Ciri Baru Untuk PC Copilot+ Dan 1 Ciri Dibuang Dari Kemas Kini Windows 11 25H2

  • Windows Search – Ciri ini melakukan pengindeksan semantik bersama dengan pengindeksan tradisional. Pengindeksan semantik menjadikan carian lebih berkuasa di mana anda tidak memerlukan ingat nama fail atau label.
4 Ciri Baru Untuk PC Copilot+ Dan 1 Ciri Dibuang Dari Kemas Kini Windows 11 25H2
Untuk mengakses tetapan pengindeksan carian, pergi ke Settings > Privacy & security > Searching Windows.
  • Ejen AI dipacu Copilot diperkenalkan dalam Windows Setting yang membantu pengguna mencari dan mengubah tetapan menggunakan bahasa semula jadi. Buat masa ini ia hanya berfungsi jika bahasa paparan utama ialah Bahasa Inggeris
4 Ciri Baru Untuk PC Copilot+ Dan 1 Ciri Dibuang Dari Kemas Kini Windows 11 25H2
Jika ejen diaktifkan, pengguna boleh mengaksesnya dengan membuka Settings dan menaip soalan mereka dalam kotak carian. Ejen tersebut menyediakan maklumat dan cadangan yang relevan berdasarkan input pengguna.

Selain penambahan ciri baharu, Microsoft turut membuang 1 ciri terdahulu menerusi kemas kini Windows 11, versi 25H2 ini iaitu PowerShell 2.0: PowerShell 2.0.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • OpenAI Kini Ada Pelayar Web AI Sendiri - ChatGPT Atlas
  • Aplikasi Messenger Untuk PC Dan Mac Tidak Lagi Ditawarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY