Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apa itu microsoft copilot

Copilot Vision Kini Tersedia Pada Semua Pengguna Edge

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas dilancarkan terhad untuk pengguna pelayar Edge di AS sahaja pada Jun lalu, ciri AI Microsoft Copilot Vison kini tersedia secara global untuk semua pengguna pelayar Edge.

Copilot Vision tersedia secara percuma tanpa perlu langganan Copilot Pro. Namun, pelanggan Copilot Pro menerima penggunaan Vision yang lebih mendalam.

 

Copilot Vision
Antaramuka Copilot Vision apabila diaktifkan.

Microsoft dalam menerangkan ciri Copilot Vision menyatakan ia adalah seperti “sepasang mata kedua.”

Ia boleh mengimbas, menganalisis, dan memberi pandangan berdasarkan apa yang dipaparkan pada skrin PC, pelayar Edge, atau kamera telefon.

Dengan mengaktifkannya, pengguna boleh berinteraksi menggunakan Copilot Voice, menjadikan pengalaman lebih intuitif dan interaktif.

copilot vision
Copilot Vision berfungsi pada kebanyakan laman, kecuali laman yang mengandungi kandungan berbahaya atau dewasa.

Untuk menggunakan ciri ini, anda mesti mendaftar masuk ke Copilot di Windows, Edge, atau aplikasi mudah alih Copilot (Android atau iOS).

Jadi, jika anda pengguna pelayar Edge, bolehlah anda mencuba dan memanfaatkannya sekarang.

Ini kerana, Microsoft telah menyatakan bahawa ciri Copilot terbina di dalam pelayar Edge ditawar secara percuma dalam masa terhad di Edge untuk Windows dan Mac.

Namun, pihak Microsoft tidak menyatakan bilakah mereka akan menyekatnya kepada pengguna percuma.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Copilot Di Microsoft Edge Kini Dengan Pilihan GPT-5
  • Syarikat Pemula Malaysia Bekerjasama Dengan China Untuk Inovasi Bandar Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY