Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Claude Fable 5

Anthropic Lancar Claude Fable 5 – Model AI Kelas Mythos Untuk Pengguna Umum

Diterbitkan Jun 10, 2026 ยท Dikemas kini Jun 10, 2026 oleh Amalina Athman

Anthropic hari ini melancarkan Claude Fable 5, model AI baharu yang diklasifikasikan sebagai model kelas Mythos dan dianggap sebagai model paling berkeupayaan yang pernah ditawarkan secara umum oleh syarikat itu.

Menurut Anthropic, Fable 5 mencatat prestasi terbaik dalam hampir semua penanda aras yang diuji, termasuk kejuruteraan perisian, tugasan berasaskan pengetahuan, penyelidikan saintifik dan pemprosesan visual. Kelebihan Fable 5 juga dikatakan menjadi lebih jelas apabila berdepan tugasan yang lebih panjang dan kompleks.

Anthropic Lancar Claude Fable 5 – Model AI Kelas Mythos Untuk Pengguna Umum

Namun begitu, Anthropic mengakui pelancaran model dengan keupayaan tinggi turut membawa risiko penyalahgunaan, khususnya dalam bidang seperti keselamatan siber. Oleh itu, Fable 5 dilengkapi sistem perlindungan yang akan mengesan permintaan berkaitan keselamatan siber, biologi, kimia dan distillation model AI.

Jika sistem tersebut diaktifkan, respons akan dijana menggunakan Claude Opus 4.8 yang merupakan model kedua paling berkuasa Anthropic. Pengguna juga akan dimaklumkan apabila pertukaran model berlaku. Anthropic berkata mekanisme ini hanya diaktifkan dalam kurang daripada 5% sesi penggunaan secara purata dan akan terus diperhalusi bagi mengurangkan kes positif palsu.

Untuk sekumpulan kecil pakar pertahanan siber dan penyedia infrastruktur kritikal, Anthropic turut memperkenalkan Claude Mythos 5.

Model ini menggunakan asas yang sama seperti Fable 5, tetapi beberapa perlindungan keselamatan telah dilonggarkan bagi membolehkan penggunaan dalam bidang tertentu seperti pertahanan keselamatan siber dan penyelidikan bioperubatan.

Ketersediaan

Claude Fable 5 kini tersedia kepada semua pengguna mulai hari ini, manakala Claude Mythos 5 buat masa ini hanya dihadkan kepada rakan Project Glasswing.

Dari segi harga, kedua-dua model ditawarkan pada kadar AS$10 bagi setiap sejuta token input dan AS$50 bagi setiap sejuta token output. Pembangun boleh menggunakan Claude Fable 5 melalui API Claude.

Claude Fable 5_2

Bagi pelan langganan pula, Fable 5 ditawarkan untuk pelan Pro, Max, Team dan Enterprise tanpa kos tambahan sehingga 22 Jun. Selepas tarikh tersebut, penggunaan model berkenaan akan memerlukan kredit penggunaan sehingga Anthropic mempunyai kapasiti mencukupi untuk menjadikannya sebahagian daripada pelan langganan standard pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Anthropic Sengaja Tidak Tawar Model AI Baharu Kepada Umum Kerana Terlalu Berkuasa
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Anthropic Perkenal Claude Opus 4.8 Dengan Peningkatan Prestasi, Ciri Baharu
  • Anthropic Kini Gesa Pembangunan AI Global Dihentikan Sementara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY