Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
claude search

Claude Kini Boleh Buat Carian Web Dalam Masa Nyata

Diterbitkan Mac 24, 2025 · Dikemas kini Mac 24, 2025 oleh Amsyar Latif

Claude kini menawarkan keupayaan carian web untuk memberikan maklumat terkini dan lebih relevan kepada pengguna. Dengan akses kepada data masa nyata, Claude boleh menyertakan sumber rujukan terus dalam jawapannya, memastikan ketepatan maklumat.

Fungsi ini membolehkan pengguna dalam pelbagai bidang mendapat manfaat, seperti:

  • Pasukan jualan yang boleh menganalisis trend industri untuk memahami keperluan pelanggan.
  • Penganalisis kewangan yang dapat menilai data pasaran terkini bagi membuat keputusan pelaburan lebih tepat.
  • Penyelidik yang boleh mencari sumber primer dan mengesan trend baharu untuk memperkukuh kajian mereka.
  • Pembeli yang boleh membandingkan harga, ciri produk, dan ulasan sebelum membuat keputusan pembelian.

Ciri carian web ini kini tersedia dalam versi pratonton untuk pengguna berbayar di AS, dengan sokongan untuk lebih banyak negara dan pengguna percuma akan diperkenalkan kemudian. Untuk mencuba, pengguna boleh mengaktifkannya dalam tetapan profil mereka dan menggunakan Claude 3.7 Sonnet untuk mendapatkan jawapan yang diperbaharui dengan maklumat terkini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • OpenAI Lancar ChatGPT Search, Enjin Carian Dikuasakan AI
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Apa Itu Claude 3.7 Sonnet? Model AI Hibrid Dengan Kemampuan Pemikiran Lanjutan

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY