Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok_featured image

“TikTok Ada Tempat Istimewa Di Hati Saya”, Trump Sedia Lanjut Tarikh Akhir Jika Perlu

Diterbitkan Mei 5, 2025 · Dikemas kini Mei 5, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan bersedia untuk melanjutkan tarikh akhir 19 Jun bagi syarikat berpangkalan di China, ByteDance, untuk menjual aset TikTok di AS sekiranya tiada perjanjian dicapai menjelang tarikh tersebut.

Dalam satu temu bual di rancangan NBC News “Meet the Press”, Trump berkata beliau ingin melihat perkara itu diselesaikan, tetapi tetap bersedia memberi kelonggaran kepada aplikasi milik syarikat China itu.

Mungkin saya tak sepatutnya cakap begini, tapi saya ada sedikit rasa sayang terhadap TikTok. TikTok ini…sangat menarik, tetapi ia akan dilindungi.

Untuk rekod, Trump telah dua kali memberikan kelonggaran daripada penguatkuasaan larangan TikTok yang diwajibkan oleh Kongres, yang sepatutnya berkuat kuasa pada Januari lalu.

Sebelum ini, satu perjanjian hampir dicapai untuk memisahkan operasi TikTok di AS menjadi sebuah syarikat baru yang dimiliki dan dikendalikan majoritinya oleh pelabur Amerika. Namun, perjanjian tersebut terhenti apabila China menyatakan mereka tidak akan meluluskan langkah itu, berikutan pengumuman Trump mengenai tarif yang tinggi ke atas barangan China.

Menurut sumber yang rapat dengan pelabur ByteDance di AS, usaha untuk mencapai perjanjian itu masih diteruskan menjelang tarikh akhir 19 Jun. Walau bagaimanapun, sumber itu menambah bahawa Rumah Putih dan China perlu menyelesaikan pertikaian tarif terlebih dahulu.

“Pada satu ketika, saya akan turunkan tarif ini kerana jika tidak, anda tidak boleh berurus niaga dengan mereka. Dan mereka sangat ingin berniaga,” kata Trump.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Trump Arah Tubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat AS - Berpotensi Ambil Alih TikTok
  • Trump Sedia Pertimbang Pelepasan Tarif Jika China Luluskan Perjanjian TikTok
  • Trump Sekali Lagi Lanjutkan Tarikh Akhir Penjualan TikTok Di AS

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY