Dalam usaha untuk menjadikan platform mereka lebih seimbang dalam kehidupan seharian, khususnya untuk pengguna muda mereka, TikTok memperkenalkan ciri baharu untuk membantu remaja mengehadkan penggunaan aplikasi pada waktu malam.
TikTok berkata, jika anda adalah remaja yang berumur di bawah 16 tahun, kandungan video Suapan Untuk Anda (For Your Feed) akan terganggu apabila anda sedang menggunakan aplikasi TikTok selepas jam 10 malam.
Pengguna akan menerima peringatan skrin penuh selepas tempoh tertentu pada waktu malam, dilengkapi notifikasi yang semakin sukar ditutup jika terus digunakan.
TikTok juga memaklumkan, mereka tidak akan menghantar notifikasi pada waktu malam kepada pengguna muda.
Gergasi media sosial itu menyatakan, inisiatif ini direka berdasarkan teori perubahan tingkah laku, dengan tujuan membantu remaja membentuk tabiat penggunaan yang lebih seimbang.
TikTok juga berkata mereka akan menjalankan kajian lanjut bersama ibu bapa dan remaja bagi menambah baik ciri ini pada masa hadapan.
{suggest}