Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT wiser.my

Ciri Sembang Kumpulan Dalam ChatGPT Kini Tersedia Di Malaysia

Diterbitkan November 24, 2025 · Dikemas kini November 24, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini melancarkan ciri group chat atau sembang kumpulan dalam ChatGPT secara global, termasuk di Malaysia.

Melalui ciri ini, berbilang pengguna boleh berinteraksi dan bekerjasama dengan ChatGPT dalam satu perbualan yang sama.

OpenAI mula menguji ciri ini dengan sebilangan pengguna di pasaran terpilih pada pertengahan November. Susulan maklum balas positif, ciri ini kini diperluaskan kepada semua pengguna ChatGPT Free, Go, Plus dan Pro yang log masuk ke platform itu.

Group chats in ChatGPT are now rolling out globally.

After a successful pilot with early testers, group chats will now be available to all logged-in users on ChatGPT Free, Go, Plus and Pro plans. pic.twitter.com/vOWddj3vGy

— OpenAI (@OpenAI) November 20, 2025

Dengan sembang kumpulan, pengguna ChatGPT boleh mencipta ruang perbualan yang dikongsi dan menjemput rakan, keluarga atau rakan sekerja. Ciri ini berasingan daripada sembang peribadi, dan menurut OpenAI, memori ChatGPT peribadi pencipta kumpulan tidak akan digunakan atau dikongsi dalam perbualan tersebut.

Untuk memulakan sembang kumpulan, pengguna hanya perlu klik ikon orang di penjuru atas kanan, sama ada dalam sembang baharu atau sedia ada. Apabila pengguna menambah seseorang ke sembang sedia ada, ChatGPT akan mencipta salinan perbualan sebagai sembang kumpulan baharu supaya perbualan asal kekal berasingan.

OpenAI Uji Ciri ‘Group Chat’ ChatGPT – Kini Tersedia Di 4 Negara

Pengguna boleh menjemput orang lain dengan berkongsi pautan kepada 1 hingga 20 orang, dan sesiapa dalam kumpulan boleh berkongsi pautan itu untuk menjemput lebih ramai orang.

Apabila menyertai atau mencipta sembang kumpulan pertama, pengguna akan diminta untuk menyediakan profil ringkas dengan nama, nama pengguna dan gambar profil. Sembang kumpulan boleh diakses melalui bahagian baharu yang ditandakan di bar sisi.

group chat ChatGPT_1

Respons dalam sembang kumpulan dijana menggunakan GPT-5.1 Auto, yang secara automatik memilih model terbaik berdasarkan arahan dan pelan ChatGPT pengguna.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Ciri Kongsi Projek ChatGPT Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna
  • OpenAI Lancar GPT-5.1 - ChatGPT Kini Lebih Pintar, Mesra
  • OpenAI Uji Ciri 'Group Chat' ChatGPT - Kini Tersedia Di 4 Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY