Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Ciri Kapsyen Gemini Live Kini Tersedia Untuk Pengguna Android, iOS

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas diuji kepada sebahagian pengguna awal bulan ini, ciri kapsyen Gemini Live kini tersedia untuk pengguna Android dan iOS.

Apabila memulakan sesi Gemini Live, butang kapsyen akan muncul di bahagian atas sebelah kanan skrin. Dengan sekali sentuh, ia akan memaparkan kotak terapung yang menunjukkan transkripsi jawapan yang diberikan oleh Gemini.

Dalam mod audio, kapsyen tiga baris akan muncul di bahagian tengah skrin. Bagi mod kamera pula, ia akan dipaparkan pada bahagian atas skrin.

caption Gemini Live

Kapsyen ini hanya akan kelihatan apabila paparan penuh digunakan. Jika keluar daripada skrin penuh, kapsyen akan hilang, tetapi akan muncul semula sebaik sahaja kembali ke paparan tersebut.

Ciri ini sangat berguna, terutama ketika berada di kawasan bising seperti pasar raya atau dalam pengangkutan awam yang menyukarkan pengguna mendengar jawapan daripada Gemini, lebih-lebih lagi jika tidak memakai fon kepala.

Mungkin timbul persoalan, kenapa tidak guna teks sahaja jika suasana terlalu bising? Perlu diingat, Gemini Live direka untuk perbualan secara langsung bersama pembantu AI.

Selain perbualan audio, ia juga menyokong penggunaan kamera, membolehkan pengguna menunjukkan apa sahaja yang berada di hadapan seperti objek atau situasi tertentu untuk mendapatkan bantuan dalam masa nyata.

Dengan adanya transkripsi dalam Gemini Live, jawapan boleh dibaca terus tanpa bergantung sepenuhnya kepada audio.

Berkaitan

  • Google Perkenal Model AI 'Paling Pintar' - Gemini 2.5
  • Aplikasi Gemini Kini Sokong Suntingan Imej AI
  • Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses Percuma Gemini Live Dengan Kamera
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY