Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_WWDC

Ciri Apple Intelligence Mungkin Tidak Ditawarkan Di EU

Diterbitkan Jun 24, 2024 · Dikemas kini Jun 24, 2024 oleh Amsyar Latif

Apple beberapa minggu lalu telah memperkenalkan teknologi kecerdasan (AI) mereka yang dipanggil Apple Intelligence. Ciri AI itu merupakan salah satu fungsi terpenting dalam iOS 18.

Namun, menurut Bloomberg, mereka mengatakan yang Apple Intelligence termasuk iPhone mirroring dan SharePlay screen sharing berkemungkinan tidak ditawarkan di negara kesatuan Eropah (EU). Ia disebabkan Akta Pasaran Digital (DMA).

Dalam undang-undang itu, mana-mana platform “gatekeepers” perlu membenarkan akses kepada pihak ketiga untuk pengguna. Tujuannya adalah untuk mengelakkan monopoli berlaku.

Berkaitan

  • Desak Harga Aplikasi Lebih Murah, Jepun Mahu Apple Dan Google Benarkan Stor Pihak Ketiga Pada Peranti
  • Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Perkara ini disahkan juga oleh jurucakap Apple kepada The Verge di mana beliau menyatakan peraturan ketat DMA boleh menjejaskan privasi dan keselamatan pengguna mereka. Buat masa sekarang, Apple akan cuba mencari jalan penyelesaian untuk menawarkan fungsi tersebut tanpa kompromi terhadap keselamatan.

Bagi yang terlupa, sistem operasi terbaru Apple termasuk iOS 18 tidak lengkap tanpa Apple Intelligence. Antara naik taraf terbesar ialah Siri yang lebih bijak.

Sumber: Bloomberg

Rujukan: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY