Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 9_wisermy

Google Dilapor Akan Guna Cip Tensor Berasaskan TSMC Hingga Pixel 14

Diterbitkan Mei 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Salah satu masalah yang sering menjadi perbualan dalam kalangan pengguna telefon Google adalah cip pemprosesan yang biasa-biasa sahaja. Cip Tensor sebelum ini menggunakan pemproses daripada Samsung, sedangkan cip Snapdragon pada peranti andalan Samsung hadir dengan fabrikasi TSMC.

Namun, mungkin selepas ini akan berubah kerana laporan terbaru daripada Digitimes mengatakan Google sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan cip Tensor mereka dengan TSMC untuk tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang.

Menguatkan lagi laporan itu, pemproses tersebut akan digunapakai sehingga model Pixel 14.

Perkara ini bukanlah baharu di mana sejak 2 tahun lalu, Tensor G5 turut dilaporkan akan menggunakan cip 3nm TSMC. Kemudian, awal tahun ini juga Google dikhabarkan menguji cip Tensor di Taiwan sebelum beralih ke TSMC.

Oleh yang demikian, kita mungkin boleh menjangka yang peranti terbaru Google tahun ini (Pixel 10) hadir dengan cip Tensor lebih baik berbanding model sebelum ini.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Pixel Masih Sendu Di Malaysia – Antara Harapan & Realiti Pasaran Sebenar
  • Bukan Lagi Sekadar Google Glass, Ini Android XR Dengan Gemini AI
  • Google & Samsung Tengah Ubah Android Jadi Macam "Komputer"

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY