Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Tensor_

Cip Google Tensor Dengan Teknologi 3nm TSMC Mungkin Diperkenal Pada 2025

Diterbitkan Julai 7, 2023 ยท Dikemas kini Julai 7, 2023 oleh Amalina Athman

Google dilapor bakal menggantikan Samsung dengan TSMC untuk pembuatan cip Tensor G5 pada 2025.

Berkaitan

  • Bloomberg: Google Cari Pembekal Untuk Pindahkan Beberapa Pengeluaran Pixel Ke India
  • Google Akan Kenalkan Logo Android Bersama 'Wordmark' Baharu

Menurut The Information, Google pada mulanya merancang untuk memperkenal cip rekaan sepenuhnya bagi peranti Pixel pada 2024. Namun, cip berkenaan terlepas tarikh akhir pengeluaran percubaan pada tahun lalu.

Kini, Google didakwa menangguhkan pengeluaran cip tersebut dan menyasarkan tahun 2025 untuk mengeluarkan cip dengan kod nama “Laguna”, yang berkemungkinan dijenamakan sebagai Tensor G5.

Menurut sumber, cip Tensor G5 akan dihasilkan dengan menggunakan teknologi 3nm dari TSMC.

Sementara itu, Google akan mengekalkan penghasilan cip Tensor dengan Samsung untuk tahun depan.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY