Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Sedang Bangunkan Antara Muka Generasi Baharu Selaju 192Gbps

China Sedang Bangunkan Antara Muka Generasi Baharu Selaju 192Gbps

Diterbitkan April 8, 2025 · Dikemas kini April 8, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat-syarikat teknologi dari China seperti TCL, Hisense, dan Huawei kini sedang membangunkan satu piawaian sambungan baharu yang dikenali sebagai General Purpose Media Interface (GPMI).

GPMI menggunakan penyambung USB Type-C dan Type-B untuk menghantar video beresolusi tinggi, data, sambungan rangkaian, dan kuasa  semuanya menerusi satu kabel sahaja.

Antara ciri utama GPMI adalah teknologi ini mampu menyampaikan kelajuan sehingga 192 Gbps, menyokong dua hala (bidirectional) dan menyalurkan kuasa dan data serentak.

Berikut adalah perbandingan sambungan paparan standard yang ada ketika ini dengan GPMI:

  • HDMI 2.1 TMDS (18Gbps / tanpa kuasa)
  • HDMI 2.1 FRL (48Gbps / tanpa kuasa)
  • DisplayPort 2.1 UHBR20 (80Gbps / 240W Kuasa)
  • GPMI Type-C (96Gbps / 240W Kuasa)
  • GPMI Type-B (192Gbps / 480W Kuasa)

Jadi dengan GPMI, ia akan dapat menggantikan HDMI + WiFi dengan satu sambungan GPMI sahaja (contoh: set kotak tv boleh sambungkan video dan internet melalui satu kabel sahaja).

Potensi besar GPMI ini dilihat bakal merevolusikan sambungan antara peranti, terutama untuk penggunaan GPU luaran, dengan menghapuskan masalah kuasa dan jalur lebar.

Antara muka sambungan baharu ini masih dalam pembangunan, tetapi berpotensi menjadi pengganti masa depan HDMI dan DisplayPort, dengan teknologi yang sangat efisien.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • GoPro Max 360 Rasmi Di Malaysia – Kamera 360° Dengan Resolusi 5.6K
  • Ribuan Telefon Android Baharu Diprapasang Perisian Hasad - Kaspersky

Sumber: VideoCardz.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY