Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Ribuan Telefon Android Baharu Diprapasang Perisian Hasad – Kaspersky

Diterbitkan April 7, 2025 oleh ariff bukhari

Pakar keselamatan dari Kaspersky Lab telah mengesan versi baharu perisian hasad Triada (Backdoor.AndroidOS.Triada.z ) yang sangat berbahaya.

Menurut Kaspersky, Trojan ini disembunyikan dalam firmware telefon Android palsu yang menyerupai model popular, dan dijual di kedai atas talian pada harga diskaun.

Kaspersky dalam laporannya menyatakan, mereka menganggarkan lebih daripada 2,600 pengguna di pelbagai negara telah terjejas dengan isu ini termasuklah di Rusia.

Kaspersky berkata, malware ini dipercayai diprapasang dalam peranti Android semasa proses pengeluaran atau pengedaran sebelum ia tiba ditangan penggunanya.

Triada berupaya menjalankan aktiviti seperti mencuri akaun media sosial (seperti Telegram, TikTok), menghantar mesej secara senyap melalui WhatsApp dan Telegram, menyamar dan menukar nombor semasa panggilan, mengawal SMS (baca, hantar, padam), memuat turun & jalankan aplikasi lain tanpa pengetahuan, mengganggu sambungan rangkaian, termasuk sistem anti-penipuan serta mencuri mata wang kripto dengan menukar alamat dompet.

Ekoran penemuan ini, Kaspersky mengesyorkan orang ramai supaya hanya membeli telefon pintar daripada pengedar sah dan memasang aplikasi  keselamatan untuk mengimbas dan mengesan malware di dalam peranti.

Kaspersky mengingatkan pengguna bahawa risiko malware prapasang di dalam peranti Android sebagai masih tinggi dan pengguna perlu lebih berwaspada.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Australia Haramkan Semua Produk Kaspersky Daripada Sistem Kerajaan
  • Ini 3 Cara Mudah Bagi Tambahkan Saiz Storan Telefon Pintar Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY