Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
power bank china ccc

China Kini Larang Power Bank Tanpa 3C Dalam Penerbangan Domestik

Diterbitkan Jun 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Mulai 28 Jun 2025, China melarang penumpang membawa power bank yang tiada label 3C, label tidak jelas, atau telah ditarik balik ke dalam penerbangan domestik, menurut notis kecemasan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China (CAAC).

Langkah ini diambil susulan peningkatan insiden kebakaran dan asap melibatkan produk bateri litium, termasuk power bank. Beberapa pengeluar utama juga telah menarik balik produk mereka atas risiko keselamatan sel bateri, dan pensijilan 3C bagi sebahagian jenama telah digantung oleh pihak berkuasa pasaran.

CAAC mengarahkan lapangan terbang dan syarikat penerbangan untuk:

  • Tingkatkan pemeriksaan keselamatan dan makluman kepada penumpang
  • Sediakan kawasan simpanan sementara untuk power bank yang tidak layak
  • Naik taraf kemudahan pengecasan di terminal
  • Latih kakitangan dalam pengurusan insiden berkaitan bateri litium

Langkah ini selaras dengan piawaian antarabangsa bagi pengangkutan barangan berbahaya dan bertujuan memastikan keselamatan operasi penerbangan awam.

Terdahulu, kebanyakan syarikat penerbangan termasuk AirAsia, Malaysia Airlines dan Batik Air memperketat peraturan dalam penggunaan power bank di dalam pesawat.

Berkaitan

  • Singapore Airlines Larang Guna, Cas 'Power Bank' Dalam Pesawat Mulai 1 April
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • CUKTECH Bawa Masuk 'Power Bank' 120W Ada skrin – Cas Xiaomi 14 Pro Penuh Dalam 18 Minit

Foto utama: reddit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY