Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Airlines_kredit Facebook_1

Malaysia Airlines Perketat Peraturan Penggunaan ‘Power Bank’ Dalam Pesawat – Berkuat Kuasa 1 April

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 20, 2025 oleh Amalina Athman

Berkuat kuasa 1 April 2025, semua penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings diwajibkan mematuhi peraturan terkini mengenai penggunaan dan penyimpanan power bank (bank kuasa) dalam pesawat.

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa bank kuasa mesti sentiasa dibawa bersama penumpang dan tidak boleh diletakkan di dalam ruang penyimpanan atas (overhead compartment).

Sepanjang penerbangan, ia hanya boleh disimpan di dalam bagasi kabin yang diletakkan di bawah tempat duduk atau di dalam poket tempat duduk di hadapan penumpang.

Mengecas atau menggunakan bank kuasa adalah dilarang sama sekali sepanjang penerbangan.

Bagi mengelakkan pengaktifan yang tidak disengajakan, bank kuasa dengan pengecasan wayarles magnetik perlu disimpan dalam beg atau kantung pelindung yang berasingan.

Penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua unit bank kuasa dengan kapasiti antara 100Wh hingga 160Wh. 

Selain itu, bank kuasa dan bateri lithium-ion tambahan tidak dibenarkan dibawa atau disimpan di dalam bagasi berdaftar.

Baru-baru ini, beberapa syarikat penerbangan, termasuk Singapore Airlines dan Batik Air telah mengemas kini peraturan mengenai penggunaan bank kuasa dalam pesawat.

Di Korea Selatan, selepas insiden kebakaran melibatkan bank kuasa dalam pesawat Air Busan, pihak berkuasa penerbangan telah mengetatkan peraturan mengenai penyimpanan dan penggunaan bank kuasa dalam pesawat.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Korea Selatan Larang Simpan 'Power Bank', Rokok Elektronik Di Dalam Kabin Pesawat
  • Singapore Airlines Larang Guna, Cas 'Power Bank' Dalam Pesawat Mulai 1 April
  • Batik Air Kini Hadkan Dua Unit ‘Power Bank’ Bagi Setiap Penumpang

Gambar utama: Facebook Malaysia Airlines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY