Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Singapore Airlines_

Singapore Airlines Larang Guna, Cas ‘Power Bank’ Dalam Pesawat Mulai 1 April

Diterbitkan Mac 12, 2025 oleh Amalina Athman

Penumpang Singapore Airlines (SIA) tidak dibenarkan mengecas power bank (bank kuasa) melalui port USB di dalam pesawat atau menggunakannya untuk mengecas peranti peribadi sepanjang penerbangan, berkuat kuasa 1 April 2025.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SIA menegaskan bahawa pihaknya mematuhi Peraturan Barangan Berbahaya oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkaitan pengangkutan bank kuasa, yang diklasifikasikan sebagai bateri litium.

Ini bermakna power bank mesti dibawa dalam bagasi kabin bagi semua penerbangan SIA dan tidak dibenarkan dalam bagasi berdaftar.

Penumpang dibenarkan membawa bank kuasa dengan kapasiti sehingga 100Wh (kira-kira 27,000mAh) tanpa memerlukan kelulusan khas. Namun, bagi bank kuasa dengan kapasiti antara 100Wh hingga 160Wh, kebenaran daripada syarikat penerbangan diperlukan.

[Advisory]

Effective 1st April 2025, Singapore Airlines customers will not be allowed to charge portable power banks via the onboard USB ports, or use power banks to charge their personal devices, throughout the duration of the flight.

The SIA Group complies with the…

— Singapore Airlines (@SingaporeAir) March 12, 2025

Sementara itu, Scoot, anak syarikat penerbangan tambang murah di bawah SIA, turut mengeluarkan kenyataan serupa di Facebook.

Langkah ini dipercayai diambil susulan insiden kebakaran dalam ruang bagasi pesawat Air Busan pada 28 Januari lalu.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Air Busan Kini Larang Simpan Bank Kuasa Di Dalam Kabin Pesawat
  • Korea Selatan Larang Simpan 'Power Bank', Rokok Elektronik Di Dalam Kabin Pesawat
  • Kos Ganti Bateri EV Diramal Lebih Murah Daripada Ganti Enjin ICE Menjelang 2030

Gambar utama: Facebook/Singapore Airlines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY