Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia Tambah 4 Laluan Baharu Ke Indonesia

Penumpang AirAsia Bawa ‘Power Bank’ Antara 100Wh Dan 160Wh Perlu Kelulusan Penerbangan

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh ariff bukhari

AirAsia hari ini memaklumkan, mulai 1 April 2025, syarikat penerbangan itu akan menguatkuasakan peraturan baharu mengenai penggunaan dan pengecasan bateri mudah alih (power bank) dalam penerbangannya bagi meningkatkan keselamatan.

Bermula dari tarikh itu, penumpang hanya dibenarkan membawa power bank bawah 100Wh atau 20,000 milliampere-jam (mAh), manakala bateri antara 100Wh hingga 160Wh memerlukan kelulusan di kaunter daftar masuk.

Selain itu, AirAsia turut memberikan peringatan berikut:

  • Bateri mudah alih mesti disimpan di dalam poket tempat duduk di hadapan atau di bawah tempat duduk.
  • Bateri mudah alih dilarang disimpan di dalam ruang penyimpanan atas.
  • Bateri mudah alih dilarang digunakan sepanjang penerbangan.
  • Bateri mudah alih dilarang digunakan untuk mengecas peranti elektronik mudah alih lain sepanjang penerbangan.
  • Bateri mudah alih dilarang dimasukkan ke dalam bagasi daftar masuk dan mesti dibawa ke dalam kabin.

Untuk memastikan pematuhan, AirAsia akan menyediakan peringatan keselamatan di kaunter daftar masuk, semasa menaiki pesawat, dan dalam penerbangan.

AirAsia berkata, mereka  komited untuk mengekalkan keselamatan tertinggi dan menghargai kerjasama penumpang dalam memastikan perjalanan yang selamat dan selesa.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Batik Air Kini Hadkan Dua Unit ‘Power Bank’ Bagi Setiap Penumpang
  • Malaysia Airlines Perketat Peraturan Penggunaan 'Power Bank' Dalam Pesawat - Berkuat Kuasa 1 April

Sumber:  AirAsia Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY