Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Batik Air_kredit Batik Air Malaysia

Batik Air Kini Hadkan Dua Unit ‘Power Bank’ Bagi Setiap Penumpang

Diterbitkan Mac 17, 2025 · Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh Amalina Athman

Sebagai respons terhadap kebimbangan keselamatan berkaitan power bank atau bank kuasa, Batik Air memperkenalkan dasar baharu bagi memperkukuh langkah keselamatan dalam pesawat.

Berkuat kuasa 14 Mac 2025, penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua unit bank kuasa, yang mesti sentiasa dibawa sendiri dan tidak boleh diletakkan dalam bagasi kabin. Seperti syarikat penerbangan lain, penggunaan bank kuasa di dalam pesawat adalah dilarang sama sekali.

Selaras dengan Peraturan Barangan Berbahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), power bank yang dibawa ke dalam pesawat tidak boleh melebihi 100 watt-jam (Wh) atau 20,000 miliampere-jam (mAh).

Penumpang juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membawa bank kuasa dengan fungsi pengecasan automagnet, kerana ia mungkin menimbulkan risiko tambahan.

Selain itu, bank kuasa sama sekali tidak dibenarkan dalam mana-mana bagasi berdaftar bagi semua penerbangan Batik Air.

Kakitangan daftar masuk juga akan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan bank kuasa yang dibawa oleh penumpang berada dalam keadaan baik dan mematuhi had watt-jam (Wh) yang ditetapkan sebelum menaiki pesawat.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Air Busan Kini Larang Simpan Bank Kuasa Di Dalam Kabin Pesawat
  • Korea Selatan Larang Simpan 'Power Bank', Rokok Elektronik Di Dalam Kabin Pesawat
  • Singapore Airlines Larang Guna, Cas 'Power Bank' Dalam Pesawat Mulai 1 April

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY