Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Lancar BIOS Sendiri, Bakal Gegar BIOS Komputer Barat

China Lancar BIOS Sendiri, Bakal Gegar BIOS Komputer Barat

Diterbitkan Oktober 31, 2025 · Dikemas kini Oktober 31, 2025 oleh ariff bukhari

China telah melancarkan uBIOS (Unified Basic Input Output System), sistem firmware baharu yang dibangunkan hasil gabungan 13 syarikat teknologi diketuai Huawei.

Ia direka untuk menggantikan BIOS dan UEFI yang selama ini dikuasai oleh piawaian Barat seperti Intel dan Microsoft.

uBIOS dibina dari awal, menyokong seni bina bukan x86 seperti ARM, RISC-V dan LoongArch, serta menampilkan struktur modular yang lebih fleksibel.

Langkah ini selari dengan arahan kerajaan China yang mahu menghapuskan kebergantungan negara itu kepada teknologi asing menjelang 2027.

uBIOS dijangka digunakan dalam pelayan, sistem kerajaan dan komputer industri.

Walaupun fokus awalnya domestik, uBIOS berpotensi berkembang ke pasaran global, terutama negara yang mencari alternatif kepada teknologi AS. Pelancaran rasmi spesifikasi teknikal akan dibuat di Persidangan Komputasi Global di Shenzhen.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Ketahui Had SAR Telefon Anda Dan Cara Kurangkan Pendedahan Gelombang RF
  • Richard Linklater: “AI Takkan Mampu Hasilkan Filem Sebenar”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • vivo V80 Kini Dilancarkan - Kamera Telefoto ZEISS 50MP, Harga Bermula RM2,399
  • Ujian Sistem Amaran Awal Serentak Di Seluruh Negara Pada 29 November, Pengguna Disaran Kemas Kini Peranti
  • Penyelidik AS Dan Toyota Cipta Gam Mudahkan Bateri Dikitar Semula
  • Siri HUAWEI nova 16s Dengan Kamera 200MP Dilancar, Harga Promosi Bermula RM1,999
  • (Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
  • Tune Talk Raih Lesen NFP(I) Dari MCMC, Lebih Bebas Beroperasi Dan Penyediaan Infrastruktur
  • 4 Laman Web AI Percuma Yang Boleh Bantu Pelajar IPT Siapkan Tugasan
  • China Jadi Lubuk Peniaga Luar Negara Borong Telefon Terpakai
©2026 WISER.MY