Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Richard Linklater: “AI Takkan Mampu Hasilkan Filem Sebenar”

Posted on Oktober 31, 2025Oktober 31, 2025

Bolehkah seni agung tercipta tanpa sentuhan dan kecerdikan manusia? Persoalan ini semakin penting ketika industri Hollywood kini berdepan kebangkitan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas.

Pengarah filem terkenal, Richard Linklater, tampil menjawab persoalan itu melalui dua karya terbarunya, Nouvelle Vague dan Blue Moon.

Kedua-duanya menggambarkan kisah dua tokoh sebenar yang genius namun penuh sisi gelap — pengarah Perancis Jean-Luc Godard dan penulis lirik Broadway, Lorenz Hart.

Menurut Linklater, mesejnya jelas: “AI takkan boleh hasilkan filem.”

Katanya, penceritaan dan watak yang benar-benar menyentuh manusia tidak boleh digantikan dengan algoritma. “Ceritanya, emosinya, karakter yang buat kita rasa terhubung — itu semua datang daripada manusia,” kata pengarah yang pernah hasilkan Boyhood, Before Sunrise, School of Rock dan Hit Man itu.

Nouvelle Vague, yang akan mula distrim di Netflix pada 14 November, menceritakan bagaimana Godard mencipta revolusi filem melalui karya klasiknya Breathless walaupun tanpa skrip tetap atau jadual penggambaran yang jelas.

Sementara itu, Blue Moon yang kini ditayangkan di pawagam menggambarkan detik kejatuhan Lorenz Hart, penulis lirik lagu-lagu ikonik seperti The Lady Is a Tramp dan My Funny Valentine, yang akhirnya mati akibat alkohol selepas rakan kongsinya, Richard Rodgers, mencapai kejayaan lebih besar dengan Oklahoma!.

Bagi Linklater, AI hanyalah satu alat tambahan, bukan pengganti kreativiti manusia. “AI tak ada naluri atau kesedaran. Orang fikir ia akan ubah industri, tapi sebenarnya tak sehebat itu,” katanya ketika ditemui di Festival Filem Amerika-Perancis di Los Angeles.

Menurutnya lagi, walaupun teknologi seperti kamera ringan pernah membuka ruang kepada gerakan baharu seperti French New Wave, AI takkan mampu mencipta revolusi yang sama. “Cerita yang hebat tetap perlukan manusia. Lakonan, struktur, rentak, gaya — tiada algoritma boleh hasilkan semua itu.”

Linklater kini sedang menyiapkan projek jangka panjangnya, Merrily We Roll Again, adaptasi daripada muzikal Stephen Sondheim. Filem ini dirakam dalam tempoh 20 tahun supaya pelakonnya benar-benar membesar dan menua di depan kamera, sama seperti pendekatan yang pernah digunakannya dalam Boyhood.

Berbeza dengan filem moden yang menggunakan AI untuk “muda semula” pelakon, Linklater lebih memilih keaslian. “Saya tak nak helah visual. Saya nak pelakon yang betul-betul melalui usia itu. Barulah ia jujur,” katanya.

Dan bila ditanya kenapa sanggup tunggu dua dekad untuk siapkan satu filem, dia hanya ketawa. “Itu cara saya mempertahankan sisi kemanusiaan dalam seni.” – AFP

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress