Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Lancar Robot Humanoid Terpantas Di Dunia

China Lancar Robot Humanoid Terpantas Di Dunia

Diterbitkan Februari 6, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat teknologi China, MirrorMe Technology, telah memperkenalkan Bolt, robot humanoid dengan kelajuan mencecah 10 meter sesaat.

Kelajuan itu sekali gus menjadikannya sebagai humanoid terpantas di dunia ketika ini serta menjadikan Bolt sebagai robot bersaiz penuh pertama yang mampu berlari sepantas atlet profesional.

Bolt dibina dengan sendi baharu dan sistem kuasa yang dioptimumkan, membolehkan pergerakan lebih semula jadi serta stabil pada kelajuan tinggi di mana ia gambarkan sebagai “rakan sparing keluli” untuk membantu atlet melampaui had kelajuan sebenar.

Dalam video demonstrasi menunjukkan pengasas dan ketua institut, Wang Hongtao, berlumba dengan android metalik berwarna merah di atas treadmill.

Rakaman video menunjukkan Bolt mengambil langkah yang lebih pendek daripada Wang tetapi mengimbanginya dengan irama larian yang lebih pantas.

https://x.com/MirrorMeteni7w/status/2018339536284307892?s=20

MirrorMe menekankan bahawa matlamat mereka bukan sekadar mencatat rekod, tetapi mencipta “spesis-super” robot yang boleh menandingi keupayaan atlet manusia.

Syarikat yang ditubuhkan di Shanghai pada 2024 ini turut menghasilkan model lain seperti Baobao, Apollo dan Black Panther II.

China kini giat mempromosikan sukan robotik, termasuk penganjuran Sukan Dunia Robot Humanoid di Beijing.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • CelcomDigi Lancar Pelan Pascabayar 5G Data/Kelajuan Tanpa Had Baharu
  • China Berjaya Hasilkan Gentian Karbon Gred T1100 Berskala Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY