Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

China Berjaya Hasilkan Gentian Karbon Gred T1100 Berskala Besar

Posted on Februari 6, 2026

China mencatat pencapaian besar apabila berjaya menghasilkan gentian karbon gred T1100 secara stabil dan berskala besar.

Bahan ini terkenal dengan kekuatan tegangan sehingga tujuh kali lebih kuat daripada keluli berketahanan tinggi tetapi hanya seberat satu perempat daripadanya.

Setiap filamennya berdiameter 5 mikrometer mampu menahan beban ekstrem, menjadikannya pilihan utama dalam industri aeroangkasa, pertahanan dan tenaga boleh diperbaharui.

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama antara Universiti Shenzhen dan Chang Sheng Technology Co., Ltd. di Hebei. Cabaran utama dalam pengeluaran berskala besar ialah mengawal liang pada serat prekursor. Melalui penambahbaikan proses, kadar liang berjaya dikurangkan sebanyak 60%, meningkatkan kekuatan dan konsistensi produk.

Pencapaian ini juga dilihat sebagai usaha China untuk mengurangkan kebergantungan dari pengeluar negara luar bagi memperkukuh keselamatan bahan untuk inovasi teknologi masa depan China.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress