Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1 – CelcomDigi Postpaid 5G serba baharu untuk rakyat Malaysia yang sentiasa terhubung dan sedia masa hadapan

CelcomDigi Lancar Pelan Pascabayar 5G Data/Kelajuan Tanpa Had Baharu

Diterbitkan Februari 5, 2026 ยท Dikemas kini Februari 6, 2026 oleh ariff bukhari

CelcomDigi hari ini memperkenalkan rangkaian pelan CelcomDigi Postpaid 5G serba baharu, direka untuk menawarkan internet berkelajuan tinggi tanpa had, hiburan premium, keselamatan terbina dalam, serta fleksibiliti talian tambahan.

Antara pelan utama ialah Postpaid 5G 190 pada harga RM190 sebulan, sesuai untuk pelanggan yang mahukan pengalaman pascabayar 5G mudah alih tanpa had.

CelcomDigi Lancar Pelan Pascabayar 5G Data/Kelajuan Tanpa Had Baharu

Ciri baharu termasuk akses hiburan Prime Video dan Viu Premium, perlindungan keselamatan WebSHIELD yang ditawar bermula dari pelan Postpaid 5G 100, serta talian tambahan dengan manfaat penuh pada harga diskaun.

Manfaat tambahan merangkumi perantauan di Singapura, Indonesia dan Thailand untuk Postpaid 5G 190, serta potongan sehingga 50% bagi pas perantauan untuk pelan 120 ke atas.

Malah pelanggan turut boleh menambah kuota, kandungan premium dan alat keselamatan digital melalui Mega Add-Ons dan Freedom Add-Ons.

Photo 2 – Postpaid 5G Plan Table_BM

Selain itu, terdapat pilihan pelan lain yang disesuaikan mengikut tahap penggunaan mudah alih pada harga yang lebih mampu milik.

Pelanggan juga boleh memiliki peranti 5G terkini melalui program Easy360 tanpa bayaran pendahuluan, atau memilih telefon percuma melalui Pakej MegaJimat.

Untuk info lebih lanjut, layari laman rasmi CelcomDigi atau berkunjung ke stor CelcomDigi berdekatan anda.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Maxis Perkenal 'Maxis Family Plan' Baharu
  • Imbasan MRI Dedah Kesan Telefon Pintar Pada Otak Kanak-Kanak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY