Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Walker S2

China Lancar Robot Humanoid Pertama Di Dunia Boleh Tukar Bateri Sendiri

Diterbitkan Julai 21, 2025 · Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh ariff bukhari

Bayangkan sebuah robot yang bukan sahaja berjalan dan bekerja seperti manusia, tetapi juga berupaya untuk bekerja tanpa henti, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Walker S2, robot Humanoid ciptaan terkini syarikat UBTech Robotics yang berpangkalan di Shenzhen, China.

Apa yang menjadikannya istimewa ialah keupayaannya menukarkan baterinya sendiri tanpa bantuan manusia.

Apabila baterinya hampir habis, ia akan berjalan ke stesen pengecasan khas untuk menukarkan bateri lama yang sudah habis dan menggantikannya dengan bateri baru.

Kemudian ia terus menyambung tugasnya yang semuanya dioperasikan secara autonomi sepenuhnya.

Demonstrasi robot itu telah diperlihatkan di kilang pintar 5G Zeekr di mana UBTech mempamerkan teknologi “BrainNet”, satu sistem pintar berasaskan awan yang membolehkan robot bekerjasama secara terselaras antara satu sama lain.

Walker S2 juga boleh membuat keputusan sendiri, sama ada perlu mengecas semula atau menukar bateri berdasarkan tahap kecemasan tugas yang sedang dijalankannya.

Keupayaan ini memberikan kelebihan besar berbanding robot biasa yang perlu berhenti sepenuhnya untuk dicas.

Kebolehan seperti ini membuka potensi baharu dalam bidang automasi industri, di mana robot seperti Walker S2 dapat berfungsi tanpa kebergantungan kepada manusia, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Kawasaki Dan Foxconn Bangunkan Robot Pintar Ringankan Beban Tugas Jururawat
  • 2 Kemenangan Ini Buktikan Bahawa Manusia Lebih Hebat Dari AI

Sumber: CnEVPost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY