Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kawasaki Dan Foxconn Bangunkan Robot Pintar Ringankan Beban Tugas Jururawat

Posted on Julai 14, 2025

Kawasaki Heavy Industries dan Foxconn telah bekerjasama membangunkan robot pembantu jururawat yang dinamakan “Nurabot”.

Nurabot dibina berasaskan robot sosial autonomi Kawasaki, Nyokkey dan direka khusus untuk mengurangkan beban kerja jururawat.

Robot pintar ini berupaya melaksanakan tugas berulang seperti penghantaran ubat, pengangkutan sampel, rondaan wad, dan pendidikan pesakit, sekaligus mengurangkan beban kerja jururawat sehingga 30%, membolehkan jururawat memberi tumpuan lebih kepada rawatan utama dan keputusan klinikal.

Ujian awal Nurabot telah dijalankan sejak April 2025 di Hospital Taichung Veterans, Taiwan.

Foxconn turut membentangkan potensi Nurabot dalam sesi bertajuk “AI Humanoid Collaborative Nursing Robots”, yang menekankan bagaimana AI dan robotik membantu mengurangkan tekanan tenaga kerja dan membentuk semula ekosistem penjagaan kesihatan masa depan.

Robot Penolong Jururawat “Nurabot” di Hospital Umum Veteran Taichung. Ini merupakan aplikasi pertama Nyokkey dalam bidang perubatan di luar Jepun.

Nurabot dipacu oleh model bahasa besar (LLM) FoxBrain milik Foxconn, yang dibangunkan oleh Hon Hai Research Institute.

Ia menyokong fungsi seperti pertuturan-ke-teks (TTS), pengecaman suara automatik (ASR) dan pemprosesan bahasa semula jadi (NLP), serta dikendalikan melalui Hon Hai Data Center.

Dari segi perkakasan dan AI fizikal, Nurabot menggunakan platform Isaac for Healthcare berasaskan tiga komputer NVIDIA, termasuk sistem Jetson AGX Orin™.

Jetson AGX Orin dari NVIDIA.

Robot ini dilatih menggunakan NVIDIA Isaac Sim™, yang membolehkan simulasi fizikal-maya untuk navigasi autonomi, persepsi pelbagai deria dan pemodelan persekitaran masa nyata.

Dengan dua lengan robotik, fungsi pemanduan sendiri dan ruang kargo, Nurabot menggabungkan kepakaran Kawasaki dalam robot industri, pembangunan robot sosial, dan keupayaan perisian Foxconn.

Ia juga mendapat input langsung daripada pengalaman jururawat hospital, menjadikannya solusi yang realistik dan praktikal dalam menangani krisis kekurangan jururawat yang semakin serius, terutamanya di negara-negara maju seperti Taiwan.

Kawasaki dalam satu kenyataan memaklumkan, robot pembantu jururawat Nurabot ini disasarkan untuk dilancarkan  pada tahun 2026 akan datang.

{suggest}

Sumber: Kawasaki Heavy Industries, Ltd., Hon Hai Technology Group

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress