Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Kemenangan Ini Buktikan Bahawa Manusia Lebih Hebat Dari AI

2 Kemenangan Ini Buktikan Bahawa Manusia Lebih Hebat Dari AI

Diterbitkan Julai 21, 2025 oleh ariff bukhari

Kecerdasan buatan (AI) yang sering dianggap hebat teknologinya tetap tidak mampu menandingi manusia.

Ini terbukti menerusi 2 kemenangan yang diraih dalam 2 pertandingan berbeza melibatkan manusia melawan AI ChatGPT.

Dalam pertandingan pertama iaitu pertandingan catur melibatkan Magnus Carlsen, baru-baru ini telah  mencuri tumpuan apabila berjaya menewaskan ChatGPT dalam satu perlawanan catur atas talian.

Apa yang lebih mengkagumkan adalah perlawanan itu dimenangi beliau hanya dalam 53 gerakan, tanpa kehilangan satu pun buah catur miliknya.

Sebaliknya, ChatGPT kehilangan kesemua buah catur sehingga akhirnya menyerah kalah.

Malah ChatGPT turut memuji Carlsen selepas perlawanan dengan mengatakan permainan lawannya itu sangat kemas dan menunjukkan kesabaran serta kemahiran taktikal yang tinggi.

Perlawanan tersebut dikongsi Carlsen di platform X pada 10 Julai lalu.

https://x.com/MagnusCarlsen/status/1943473946063474990

Kemenangan kedua pula adalah menerusi pencapaian seorang pengaturcara bernama Przemysław Dębiak, atau lebih dikenali sebagai “Psyho” yang berjaya mengalahkan model AI canggih dari OpenAI dalam pertandingan AtCoder World Tour Finals 2025 di Tokyo.

Pertandingan itu merupakan salah satu kejohanan pengaturcaraan paling sukar dan berprestij di dunia.

Dębiak yang juga bekas pekerja OpenAI, bersaing dalam kategori “Humans vs AI” telah muncul sebagai juara dengan kelebihan 9.5% ke atas AI, meskipun beraksi dalam keadaan letih dan kurang tidur.

Walaupun tewas, menurut OpenAI, ini adalah pencapaian penting kerana buat pertama kali, model AI berjaya menempatkan diri di tiga teratas dalam pertandingan dunia sebenar.

https://x.com/FakePsyho/status/1945906866686705882

2 Kemenangan ini memperlihatkan kehebatan dan uniknya manusia dengan  kemampuan berfikir diluar kotak,  gerak hati yang bertindak berdasarkan pengalaman, keupayaan membuat keputusan walau dalam keadaan tekanan serta kreativiti yang masih belum mampu ditandingi oleh mesin.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • BYD Lancar Sistem Parkir Autonomi Tahap 4, Janjikan Pampasan Jika Sistem Gagal
  • Jangan Beli, 58 Kotak TV Android Ini Dijangkiti Perisian Hasad BADBOX 2.0

Sumber:  TIME, Ars Technica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY