Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 400_1

Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Diterbitkan Mei 22, 2025 · Dikemas kini Mei 22, 2025 oleh Amalina Athman

HONOR kini secara rasmi melancarkan siri HONOR 400 di Malaysia, menjadikannya pasaran global pertama untuk menerima siri telefon pintar ini.

Siri ini terdiri daripada dua model, iaitu HONOR 400 Pro dan HONOR 400. Kedua-duanya hadir dengan teknologi pengimejan AI generasi terkini yang menawarkan pelbagai ciri menarik.

First AI Image Google 400 Series

Salah satunya ialah ciri AI Image to Video yang membolehkan pengguna menukar gambar statik menjadi video pendek hanya dengan beberapa sentuhan tanpa perlu aplikasi tambahan.

Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Selain itu, siri HONOR 400 juga menyertakan fungsi seperti AI Erase Passer-by , AI Cutout, AI Outpainting, AI UpscaleMoving, Photo Collage dan Harcourt Studio 2.0.

HONOR 400 Pro

Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Menjadi model paling berkuasa dalam siri ini, HONOR 400 Pro dilengkapi skrin AMOLED 6.7-inci AMOLED dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksimum 5,000 nit HDR.

Dari segi prestasi, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, dipadankan dengan 12GB RAM dan 512GB storan dalaman.

Pada bahagian fotografi, HONOR 400 Pro menampilkan kamera utama 200MP Super Sensing 1/1.4-inci dan apertur f/1.9, bersama kamera 50MP telefoto Sony IMX856 dengan 3x zum optik dan 50x AI Super Zoom, serta 12MP untuk ultra lebar dan makro.

Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Kamera hadapan pula dilengkapi sensor 50MP.

Bateri sebesar 6,000mAh memastikan penggunaan sepanjang hari, dengan sokongan pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W wayarles.

Tiga pilihan warna tersedia iaitu Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black.

Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Antara lainnya termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, NFC, eSIM, penarafan IP68 dan IP69 serta menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15.

HONOR 400

Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Untuk HONOR 400 pula, peranti ini hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 5.5-inci, resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 5,000 nit HDR.

Cip yang digunakan adalah Snapdragon 7 Gen 3 dengan konfigurasi memori 12GB RAM dan sehingga 512GB storan dalaman.

Dari segi kamera, HONOR 400 juga menampilkan sensor utama 200MP, ditambah dengan kamera ultra lebar dan makro 12MP di belakang, kamera hadapan 50MP serta menyokong AI Super Zoom sehingga 30X.

Pada bahagian dalam, peranti ini diisi dengan kapasiti bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar.

Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899

HONOR 400 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black. Sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, NFC, eSIM dan penarafan IP66 turut disediakan, dengan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 sebagai sistem operasi.

Harga dan ketersediaan

Berikut merupakan harga yang ditawarkan untuk pasaran tempatan:

HONOR 400

  • 12GB + 256GB – RM1,899
  • 12GB + 512GB – RM2,199

HONOR 400 Pro

  • 12GB + 512GB – RM2,699
Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899
Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Prapesan untuk siri HONOR 400 kini dibuka bermula hari ini, 22 Mei hingga 29 Mei 2025. Sepanjang tempoh ini, pengguna boleh mendapatkan HONOR 400 varian 12GB + 512GB pada harga istimewa RM1,899.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • HONOR 400 Lite Rasmi Di Malaysia, Ada Butang AI Khas Untuk Penggemar Fotografi
  • Malaysia Jadi Negara Pertama Terima Siri HONOR 400 Dengan Kamera AI Baharu
  • AI HONOR Hidupkan Gambar Statik Jadi Video Realistik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY