Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Empat Gergasi Telefon China Seragamkan Pengecasan Pantas Dengan UFCS 2.0

Empat Gergasi Telefon China Seragamkan Pengecasan Pantas Dengan UFCS 2.0

Diterbitkan Mei 26, 2025 · Dikemas kini Mei 26, 2025 oleh ariff bukhari

Empat pengeluar telefon pintar utama China,  Huawei, Honor, Oppo, dan Vivo telah bersatu untuk menyeragamkan sistem pengecasan pantas menerusi protokol baharu Universal Fast Charging Standard (UFCS) 2.0.

Kerjasama itu diumumkan di Persidangan Pembangunan Industri UFCS di Shenzhen pada 22 Mei  lalu.

Dengan UFCS 2.0, pengecas 40W boleh digunakan bersama peranti atau kabel yang berlainan jenama.

Empat Gergasi Telefon China Seragamkan Pengecasan Pantas Dengan UFCS 2.0

Peranti dengan UFCS 2.0 juga akan menyokong ciri reverse charging yang membolehkan peranti boleh mengecas peranti lain, tidak mengira jenama.

Menerusi UFCS 2.0 juga, keselamatan pengguna dan kecekapan tenaga turut diutamakan dengan mewajibkan teknologi PowerChange.

Teknologi ini akan menetapkan pengecas secara automatik menyesuaikan output kuasa mengikut peranti yang disambungkan.

Kerjasama ini sekali gus boleh mengurangkan kekeliruan kepada pengguna akibat terlalu banyak piawaian pengecasan yang tidak serasi.

Walau bagaimanapun, masih belum jelas sama ada standard ini akan diperluas ke luar China atau diterima oleh pesaing global seperti Samsung dan Apple.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Sistem ‘Power Bank Gergasi’ Gotion 20MWj Ini Boleh Tahan Sehingga 25 Tahun
  • Pakistan Rancang Jana Pendapatan Negara Menerusi Bitcoin Dan Pusat Data AI

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY