Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Indonesia Cadang Bangunkan Reaktor Nuklear Bermula Di Borneo

Indonesia Cadang Bangunkan Reaktor Nuklear Bermula Di Borneo

Diterbitkan Mei 28, 2025 · Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh ariff bukhari

Indonesia melihat kuasa nuklear sebagai tenaga alternatif selepas Kerajaan itu bercadang untuk membangunkan tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dan mengurangkan pelepasan karbon di dalam negara tersebut.

Kerajaan itu mahu 40 hingga 54GW daripada 400GW tenaga yang dijana dari kuasa nuklear akan dibekalkan ke seluruh negara menjelang 2060.

Untuk mencapai sasaran itu, Indonesia menyasarkan reaktor modular kecil (SMR) pertama seawal 2030 atau 2032 dengan bermula di Borneo.

Walaupun Indonesia sudah mempunyai 3 reaktor penyelidikan sejak 1965, namun, tiada loji tenaga nuklear digunakan untuk menjana elektrik, dengan arang batu masih menyumbang 2/3 penjanaan elektrik di negara tersebut.

Sementara hidroelektrik pula kini menyumbang lebih daripada 7% kepada pengeluaran elektrik Indonesia.

Indonesia Cadang Bangunkan Reaktor Nuklear Bermula Di Borneo
Gambar yang diambil pada 22 Mei 2025 ini menunjukkan bilik operasi reaktor nuklear di pusat penyelidikan Reaktor Nuklear Kartini di Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN) di Zon Sains dan Pendidikan Achmad Baiquni Babarsari (KSE) di Yogyakarta. (Photo oleh DEVI RAHMAN / AFP)

Presiden Prabowo Subianto telah berjanji untuk memastikan keselamatan tenaga sambil memenuhi janji untuk menghapuskan pengeluaran elektrik daripada arang batu dalam tempoh 15 tahun.

Indonesia sudah pun mengenal pasti 29 lokasi berpotensi dengan kebanyakannya berada di luar pulau Jawa dan berhampiran tapak perlombongan.

Indonesia Cadang Bangunkan Reaktor Nuklear Bermula Di Borneo
Gambar yang diambil pada 22 Mei 2025 menunjukkan bilik operasi reaktor nuklear di kemudahan penyelidikan Reaktor Nuklear Kartini milik Badan Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN) di Zon Sains dan Pendidikan Achmad Baiquni Babarsari (KSE) di Yogyakarta. (Photo oleh DEVI RAHMAN / AFP)

Untuk tujuan itu, Indonesia dilaporkan sedang bekerjasama dengan syarikat asing seperti Rosatom (Rusia), CNNC (China), dan ThorCon (AS), selain kemungkinan kerjasama dengan syarikat Perancis.

Namun, ramai pakar skeptikal terhadap keupayaan Indonesia untuk mencapai sasaran ini dalam dekad akan datang dengan menyeru fokus diberikan kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan angin yang masih kurang dimanfaatkan.

Malah, rancangan Indonesia itu berdepan cabaran besar termasuklah isu lokasi yang terletak di dalam kawasan gempa bumi (Ring of Fire), kekurangan pakar tempatan, isu sisa nuklear, dan kos pembiayaan yang besar.

Isu korupsi yang tinggi juga antara halangan utama untuk Indonesia melaksanakan pembangunan tenaga nuklearnya.

Berkaitan

  • Syarikat Ini Buat 'Bateri Nuklear' Untuk Pusat Data AI
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • India Bangunkan Bateri EV Baharu, 6 Minit Cas, 3,000 Kitaran

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY