Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

ChatGPT Kini Terima Lebih 2.5 Bilion ‘Prompt’ Setiap Hari

Diterbitkan Julai 22, 2025 ยท Dikemas kini Julai 22, 2025 oleh Amalina Athman

ChatGPT milik OpenAI kini menerima lebih 2.5 bilion prompt setiap hari, menurut laporan Axios. Daripada jumlah itu, sekitar 330 juta datang daripada pengguna di Amerika Syarikat.

Secara tahunan, data menunjukkan pengguna ChatGPT menghantar lebih 912.5 bilion prompt kepada chatbot AI itu. Jurucakap OpenAI, Rob Friedlander, turut mengesahkan bahawa angka yang dilaporkan adalah tepat.

Walaupun ChatGPT masih belum setanding Google yang mencatat sekitar 5 trilion carian setiap tahun, lonjakan penggunaan yang ketara tetap menjadi ancaman besar kepada gergasi enjin carian itu.

Dalam tempoh hanya beberapa bulan, jumlah pengguna mingguan ChatGPT melonjak daripada 300 juta pada Disember lalu kepada lebih 500 juta pada Mac tahun ini.

Bukan itu sahaja, OpenAI dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan pelayar web berasaskan AI dalam masa terdekat, yang dijangka menjadi pesaing kepada Google Chrome.

Langkah ke arah itu juga dilihat melalui pengenalan ChatGPT Agent minggu lalu, iaitu alat baharu yang membolehkan AI melaksanakan tugasan di komputer bagi pihak pengguna.

Berkaitan

  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • AI Boleh Halusinasi, Tak Sepatutnya Terlalu Percaya - CEO OpenAI
  • Makin Canggih, Ini Yang Menarik Tentang ChatGPT Agent
  • OpenAI Sahkan ChatGPT Akan Guna Google Cloud

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY