Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

OpenAI Sahkan ChatGPT Akan Guna Google Cloud

Diterbitkan Julai 18, 2025 · Dikemas kini Julai 18, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini menyenaraikan Google Cloud sebagai salah satu pembekalnya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kapasiti pengkomputeran.

Selama bertahun-tahun, OpenAI banyak bergantung pada perkhidmatan awan Microsoft Azure untuk mengendalikan pelbagai produknya. Namun sejak kebelakangan ini, syarikat itu dilihat mula mengurangkan kebergantungan tersebut.

Menerusi senarai “Sub-processor” yang diterbitkan di laman webnya, OpenAI menyatakan bahawa Google Cloud Platform akan digunakan untuk ChatGPT Enterprise, Edu dan Team, selain turut menyokong API OpenAI. Google Cloud Platform OpenAI ChatGPT

Ia merupakan senarai produk dan perkhidmatan yang sama seperti penyedia awan lain iaitu Microsoft, CoreWeave dan Oracle.

Infrastruktur Google Cloud akan digunakan untuk memproses data pengguna melalui pusat data di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Norway dan Belanda.

Walaupun begitu, pengguna akhir berkemungkinan tidak akan menyedari sama ada ChatGPT yang mereka gunakan dijalankan melalui Google Cloud atau tidak.

Berkaitan

  • OpenAI Perkenal GPT-4.1 Dengan Sokongan 1 Juta Token, Peningkatan Pengekodan
  • OpenAI Berminat Beli Chrome Jika Google Dipaksa Jual
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • AI Boleh Halusinasi, Tak Sepatutnya Terlalu Percaya - CEO OpenAI

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY