Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

OpenAI Akan Lancar Pelayar Web AI Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Julai 10, 2025 ยท Dikemas kini Julai 10, 2025 oleh Amsyar Latif

OpenAI dijangka melancarkan pelayar web baharu berkuasa AI dalam masa terdekat, satu langkah strategik yang berpotensi mencabar dominasi Google Chrome dalam pasaran pelayar global. Pelayar ini akan menggabungkan teknologi ChatGPT dalam antara muka semula jadi, membolehkan pengguna melayari dan berinteraksi dengan kandungan web melalui arahan perbualan tanpa perlu klik ke laman web.

Inisiatif ini juga memberi OpenAI akses langsung kepada data aktiviti pengguna di web, sesuatu yang selama ini menjadi sumber utama kekuatan perniagaan iklan Google.

Dengan lebih 500 juta pengguna mingguan ChatGPT dan 3 juta pengguna perniagaan berbayar, pelayar ini boleh memberi tekanan besar kepada model perniagaan iklan Alphabet yang banyak bergantung pada Chrome untuk mengumpul data dan mengarahkan trafik ke enjin carian Google.

OpenAI membina pelayar ini berasaskan kod sumber terbuka Chromium dan merancang untuk menjadikannya platform bagi ejen AI seperti Operator, yang mampu melakukan tugasan seperti membuat tempahan atau mengisi borang secara automatik dalam laman web yang digunakan pengguna.

Buat pengetahuan, pelayar AI sudah banyak di pasaran seperti Arc (The Browser Company) dan terbaru, Comet (Perplexity).

Berkaitan

  • OpenAI Ambil Alih io - Syarikat Milik Veteran Apple Jony Ive
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • AI Boleh Halusinasi, Tak Sepatutnya Terlalu Percaya - CEO OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY