Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
flick on click whatsapp

Ciri ‘Chat Lock’ Akan Tersedia Di WhatsApp Web

Diterbitkan Januari 31, 2024 oleh Amalina Athman

Pada Mei tahun lalu, WhatsApp telah memperkenal ciri ‘Chat Lock’ atau Kunci Sembang untuk peranti Android dan iOS. Dalam perkembangan terkini, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna mengunci perbualan tertentu di WhatsApp Web.

Berkaitan

  • Satu Lagi Ciri Seperti Telegram Kini Tersedia Di WhatsApp
  • Pengguna WhatsApp Bakal Dapat Kongsi Audio Muzik Semasa Panggilan Video
  • WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri 'People Nearby' Untuk Perkongsian Fail

Menerusi perkongsian WABetaInfo, ia memperlihat tangkap layar WhatsApp Web dengan tab kunci sembang. Namun, memandangkan ciri ini masih dalam pembangunan, kaedah untuk mengakses tab tersebut belum lagi diketahui.

Ciri ‘Chat Lock’ Akan Tersedia Di WhatsApp Web

Berkemungkinan ia akan melibatkan ciri ‘Kod Rahsia’, yang juga membolehkan pengguna menyembunyikan tab tersebut.

Dengan memperkenal ciri kunci perbualan di WhatsApp Web – sama seperti untuk iOS dan Android – ia memberikan beberapa kelebihan dari segi privasi dan keselamatan yang melibatkan maklumat peribadi, kandungan sulit atau topik sensitif.

Selain itu, ia juga memberikan lapisan keselamatan tambahan, terutamanya dalam situasi di mana WhatsApp Web digunakan pada jarak dekat dengan orang lain dan pengguna ingin mengekalkan privasi untuk perbualan tertentu.

Ketika ini, ciri kunci perbualan untuk WhatsApp Web masih sedang dibangunkan. Seperti biasa, ia dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Gambar utama: Flick On Click

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY