Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna WhatsApp Bakal Dapat Kongsi Audio Muzik Semasa Panggilan Video

Pengguna WhatsApp Bakal Dapat Kongsi Audio Muzik Semasa Panggilan Video

Diterbitkan Disember 22, 2023 oleh Amal Addin

WhatsApp sedang melakukan kemas kini baharu melalui program Beta Google Play iaitu pada versi 2.23.26.18. Apa yang terbaru dalam kemas kini ini?

Untuk pengetahuan anda, WhatsApp sedang membangunkan ciri untuk berkongsi audio muzik semasa panggilan video dijalankan.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Ciri 'Voice Chat' Seakan Discord
  • 'Saluran WhatsApp' Kini Diguna Lebih 500 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Gambar, Video 'HD' Di Status
  • Satu Lagi Ciri Seperti Telegram Kini Tersedia Di WhatsApp
  • Perkongsian Status WhatsApp Kelak Boleh Dibuat Melalui Peranti Terpaut

Ciri ini bakal tersedia dalam kemas kini akan datang. Walau bagaimanapun, ciri ini masih dalam pembangunan. Jadi, ia masih belum bersedia untuk penguji beta.

Ciri ini diberi nama Share Music Audio. Pengguna perlu memilih ‘pilihan perkongsian skrin’ untuk membolehkan anda berkongsi audio yang dimainkan semasa membuat panggilan video.

Pengguna WhatsApp Bakal Dapat Kongsi Audio Muzik Semasa Panggilan Video

Namun, ciri ini juga tidak terhad untuk audio muzik sahaja tetapi audio daripada video yang anda mainkan dan apa-apa jenis audio turut boleh dikongsi kepada pengguna lain dalam satu panggilan video yang sama.

Akan tetapi, dengan syarat panggilan video tersebut masih aktif. Jika panggilan tersebut telah dimatikan maka ciri tersebut akan hilang dengan sendiri.

Sumber: wabetainfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY