Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri ‘People Nearby’ Untuk Perkongsian Fail

Diterbitkan Januari 22, 2024 · Dikemas kini Januari 22, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini membangunkan ciri baharu yang membolehkan perkongsian fail antara pengguna terdekat dengan lebih pantas dan mudah.

Ciri baharu itu tersedia dalam kemas kini WhatsApp beta versi 2.24.2.20 untuk Android di Google Play Store.

Berkaitan

  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • WhatsApp Kelak Akan Ada Ciri Seumpama Telegram
  • Ini Cara 'Edit' Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS

Seperti dikongsikan dalam tangkap layar, kedua-dua peranti perlu membuka bahagian tetapan ini untuk menghantar dan menerima fail. Untuk menjana permintaan perkongsian, penerima perlu membuka WhatsApp dan menggoncang peranti – seakan ciri People Nearby di WeChat.

Nearby WhatsApp_WABetaInfo

 

Perlu diketahui, ciri perkongsian fail dengan pengguna terdekat mempunyai penyulitan hujung ke hujung. Bermakna, perkongsian fail kekal selamat – nombor telefon juga akan disembunyikan kepada bukan kenalan, untuk memastikan privasi tambahan.

Dengan ciri ini kelak, pengguna boleh berkongsi fail kepada pengguna terdekat dengan lebih pantas dan mudah. Namun begitu, tidak diketahui jika ciri ini kelak boleh digunakan tanpa sambungan data internet – seperti Share It.

Juga, belum diketahui sekiranya ia serasi antara Android dan iOS, memandangkan ciri ini belum lagi dibangunkan dalam WhatsApp versi iOS.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY