Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Satu Lagi Ciri Seperti Telegram Kini Tersedia Di WhatsApp

Diterbitkan Disember 13, 2023 · Dikemas kini Disember 13, 2023 oleh Amalina Athman

Mula dilaporkan sejak Jun lalu, WhatsApp kini memperkenal satu lagi ciri seumpama Telegram, yang memberikan keupayaan kepada pengguna untuk pin mesej dalam sembang individu dan kumpulan.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • Pengguna Android, Storan WhatsApp Anda Tidak Lagi Percuma
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Gambar, Video 'HD' Di Status
  • Cara Hantar Mesej Suara Di WhatsApp Sebagai 'View Once'

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna pin mana-mana perbualan – teks, undian, imej atau emoji dalam sembang individu atau kumpulan. Bagaimanapun, pengguna hanya boleh pin satu mesej dalam satu masa.

WhatsApp Pin Mesej

Bagi sembang berkumpulan, pentadbir boleh memilih sama ada mana-mana ahli boleh pin mesej atau hanya terhad untuk pentadbir sahaja.

introducing Pinned Messages 📌 now everyone can stay on top of a chat by keeping the important messages up top 🙌 pic.twitter.com/nDcsgoJyga

— WhatsApp (@WhatsApp) December 12, 2023

Untuk pin mesej, ia boleh dilakukan dengan tekan lama pada mana-mana mesej dan pilih “Pin”. WhatsApp menyediakan pilihan tempoh pin mesej  – 24 jam, 7 hari (merupakan pilihan default), dan 30 hari.

Seperti ciri baharu lain, pin mesej dilancarkan secara berperingkat untuk pengguna iOS, Android, Web dan Desktop dengan versi terkini WhatsApp.

Minggu lalu, WhatsApp memperkenal keupayaan hantar mesej suara dengan ciri view once. 

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
©2026 WISER.MY