Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chat Lock WhatsApp_2

Perbualan Lebih Privasi, WhatsApp Lancar Ciri “Chat Lock”

Diterbitkan Mei 16, 2023 · Dikemas kini Mei 16, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak bulan lalu, WhatsApp dilapor membangunkan ciri yang membolehkan pengguna mengunci perbualan tertentu. Terbaharu, WhatsApp secara rasmi kini mengumumkan ciri Sembang Berkunci atau “Chat Lock” di aplikasi pemesejan itu.

Berkaitan

  • Pengguna iPhone Kelak Boleh Pindahkan 'Chat' WhatsApp Tanpa iCloud
  • Truecaller Bakal Perluas Ciri Tapisan Panggilan Spam Ke Aplikasi WhatsApp
  • Undian WhatsApp Kini Dengan 3 Ciri Baharu

Dengan ciri “Chat Lock” ini, perbualan akan disimpan dalam folder berasingan yang dilindungi kata laluan atau pengesahan biometrik, manakala notifikasi daripada perbualan tersebut tidak akan memaparkan nama pengirim atau kandungan mesej.

Sekali gus, ia memberikan privasi tambahan kepada pengguna untuk melindungi perbualan tertentu.

Telah mula ditawarkan kepada pengguna Android dan iOS secara berperingkat, WhatsApp menyatakan akan ada peningkatan tambahan dalam beberapa bulan akan datang.

Antaranya termasuk menambah lebih banyak pilihan untuk Chat Lock seperti mengunci peranti lain di bawah akaun yang sama dan mencipta kata laluan tersuai bagi perbualan yang dikunci. Ianya akan menjadi kata laluan berlainan, berbanding yang digunakan untuk peranti.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY