Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO CrowdStrike_

CEO CrowdStrike Dipanggil Beri Keterangan Berhubung Gangguan Teknologi Global

Diterbitkan Julai 23, 2024 · Dikemas kini Julai 23, 2024 oleh Amalina Athman

CEO CrowdStrike George Kurtz dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Dewan Rakyat Amerika Syarikat berhubung gangguan global yang berlaku minggu lalu.

“Walaupun kami menghargai respons dan penyelarasan CrowdStrike dengan pihak berkepentingan, kami tidak boleh mengabaikan magnitud kejadian ini, yang didakwa sesetengah pihak sebagai gangguan IT terbesar dalam sejarah,” tulis panel kongres  dalam suratnya kepada Kurtz pada Isnin.

Surat itu menggesa CEO CrowdStrike untuk menjadualkan pendengaran dengan panel Jawatankuasa Kecil Keselamatan Siber dan Perlindungan Infrastruktur, selewat-lewatnya hari Rabu.

Sementara jurucakap CrowdStrike Kevin Benacci dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu secara aktif telah berhubung dengan Jawatankuasa Kongres yang berkaitan. Taklimat dan garis masa penglibatan lain mungkin didedahkan mengikut budi bicara ahli.

Berkaitan

  • Gangguan "CrowdStrike" Microsoft Memberi Kesan Hampir Seluruh Dunia
  • Gangguan IT Global Hanya Libatkan PC Windows, Hos Mac Dan Linux Tidak Terjejas - CrowdStrike
  • Waspada Ancaman Pancingan Data Susulan Gangguan Global CrowdStrike - CSM
  • Kira-Kira 8.5 Juta Peranti Windows Terjejas Akibat Gangguan CrowdStrike - Microsoft

Sumber: Reuters

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY