Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kira-Kira 8.5 Juta Peranti Windows Terjejas Akibat Gangguan CrowdStrike – Microsoft

Kira-Kira 8.5 Juta Peranti Windows Terjejas Akibat Gangguan CrowdStrike – Microsoft

Diterbitkan Julai 22, 2024 · Dikemas kini Julai 22, 2024 oleh Amalina Athman

Gangguan teknologi global yang berkaitan dengan kemas kini perisian oleh firma keselamatan siber CrowdStrike telah menjejaskan kira-kira 8.5 juta peranti Windows, menurut Microsoft.

Pada masa ini (20 Julai) kami menganggarkan bahawa kemas kini CrowdStrike menjejaskan 8.5 juta peranti Windows, atau kurang daripada 1% daripada semua mesin Windows.

Jelas Microsoft, walaupun peratusannya kecil, impak ekonomi dan masyarakat yang luas menggambarkan penggunaan CrowdStrike oleh perusahaan yang menjalankan banyak perkhidmatan kritikal.

Kemas kini perisian oleh CrowdStrike mencetuskan gangguan sistem yang menjejaskan pelbagai perkhidmatan termasuk penerbangan, perbankan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan banyak lagi.

Tambah Microsoft, insiden tersebut menunjukkan sifat kesalinghubungan ekosistem yang luas – daripada penyedia cloud global, platform perisian, vendor keselamatan dan vendor perisian lain serta pelanggan.

Ia juga merupakan peringatan betapa pentingnya bagi kita semua merentas ekosistem teknologi untuk mengutamakan operasi dengan penempatan yang selamat dan pemulihan bencana menggunakan mekanisme yang ada.

Dalam pada itu, Microsoft berkata CrowdStrike telah membantu membangunkan penyelesaian yang akan membantu infrastruktur Azure Microsoft mempercepatkan pembetulan untuk kemas kini tersebut. Syarikat itu juga telah bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) dan Google Cloud Platform (GCP) untuk mendapatkan pendekatan yang paling berkesan.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Gangguan "CrowdStrike" Microsoft Memberi Kesan Hampir Seluruh Dunia
  • Gangguan IT Global Hanya Libatkan PC Windows, Hos Mac Dan Linux Tidak Terjejas - CrowdStrike
  • Waspada Ancaman Pancingan Data Susulan Gangguan Global CrowdStrike - CSM

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY