Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ENG _ CelcomDigi Opens Pre-Orders for Google Pixel 10 Series

CelcomDigi Tawar Hadiah Percuma Untuk Prapesan Pixel 10, Jimat Sehingga RM4,653

Diterbitkan Ogos 21, 2025 · Dikemas kini Ogos 21, 2025 oleh Amalina Athman

Pengguna CelcomDigi kini boleh membuat prapesan untuk siri telefon pintar terbaharu Google Pixel 10, termasuk Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL melalui Easy360 dengan pelan CelcomDigi ONE dan Postpaid 5G.

Dikuasakan cip Google Tensor G5, siri Pixel 10 hadir dengan prestasi lebih canggih, kamera yang hebat serta Gemini AI terbina.

Prapesan dibuka sehingga 27 Ogos 2025 melalui laman rasmi CelcomDigi. Pelanggan dengan pelan Postpaid 5G 100 ke atas boleh mendapatkan siri Pixel 10 bermula serendah RM73 sebulan melalui ansuran fleksibel Easy360 selama 36 bulan, tanpa faedah dan tanpa bayaran pendahuluan.

Pixel 10 CelcomDigi

Bagi pelanggan dengan pelan Postpaid 5G 120 ke atas, penjimatan sehingga RM4,653 ditawarkan. Tawaran ini termasuk hadiah eksklusif Google x CelcomDigi yang merangkumi pengecas PixelSnap dengan stand, sarung Pixel bersama Pixelsnap, serta pelekat dan beg jinjing (tote bag).

CelcomDigi Tawar Hadiah Percuma Untuk Prapesan Pixel 10, Jimat Sehingga RM4,653

Selain itu, semua prapesan akan menerima akses premium termasuk Google One, YouTube, Fitbit dan dua bulan percuma PhoneCARE. Maklumat lanjut mengenai prapesan siri Google Pixel 10 boleh didapati melalui laman rasmi CelcomDigi.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Siri Pixel 10 Rasmi: Kamera 48MP Dengan Ciri Pixelsnap, Harga Dari RM3,999
  • Pixel 10 Pro Fold Sah Masuk Malaysia, Harga Dari RM7,999
  • Jawapan Kepada 'MagSafe', Google Perkenal Pixelsnap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY