Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Mid-Year Sale

CelcomDigi Lancar Jualan Pertengahan Tahun, iPhone 15 Serendah RM66/bulan

Diterbitkan Mei 14, 2024 · Dikemas kini Mei 14, 2024 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini mengumumkan tawaran istimewa yang tersedia mulai hari ini (14 Mei 2024) hingga 10 Jun 2024.

Menerusi promosi ini, CelcomDigi menawarkan rebat pada telefon 5G terkini, hadiah percuma, penstriman 5G tanpa had dan diskaun eksklusif.

CelcomDigi Mid-Year Sale

Rebat tambahan untuk telefon 5G dengan Easy360

Pelanggan CelcomDigi boleh nikmati rebat tambahan sehingga RM360 apabila menaik taraf peranti mereka kepada mana-mana model telefon pintar siri iPhone 15 atau siri Samsung Galaxy S24 dengan pelan ansuran peranti Easy360 CelcomDigi.

Pelanggan yang membeli siri Samsung Galaxy S24 dengan Easy360 juga akan menerima sepasang Galaxy Buds FE secara percuma.

CelcomDigi Mid-Year Sale
CelcomDigi Mid-Year Sale
Galaxy Buds FE PERCUMA dan rebat harga telefon hanya sah dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 140 dan ke atas.​

Pas percuma Viu Premium 3 bulan

Nikmati 3 bulan Viu Premium percuma apabila pelanggan mendapatkan telefon 5G dan Internet 5G/4G 150GB dengan Pakej MegaJimat bersama-sama dengan mana-mana pelan CelcomDigi Fiber atau 5G Home WiFi.

CelcomDigi Mid-Year Sale-p-1600

Untuk pakej semua dalam satu terbaik untuk keluarga, pelanggan CelcomDigi boleh mendapatkan pelan Pascabayar CelcomDigi 5G 260, yang menawarkan Internet 5G/4G tanpa had, telefon 5G terkini dan home fibre 300Mbps pada hanya RM201/bulan.

Tawaran Viu Premium PERCUMA selama 3 bulan ini juga sah untuk pelan CelcomDigi Postpaid 60 dengan kontrak 12 bulan bersama pelan Fibre atau 5G Home WiFi.

Pelan prabayar kini dengan penstriman 5G tanpa had

CelcomDigi Prabayar 5G Edisi Biru dan Kuning juga telah dipertingkatkan dengan penstriman 5G tanpa had di YouTube, Netflix, Viu dan iQIYI.

Ini adalah tambahan kepada kuota Internet 10GB 5G/4G dan 5x tambahan hotspot. Tawaran ini akan tersedia sehingga 12 Ogos 2024.

CelcomDigi Mid-Year Sale
Promo ini tersedia untuk semua pelanggan baharu dan sedia ada pada pelan Edisi Biru atau Edisi Kuning yang melanggan pas Internet bulanan yang layak.

Diskaun eksklusif melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi

Pelanggan CelcomDigi juga jangan lupa tebus diskaun eksklusif sehingga 20% untuk pelbagai jenama termasuk Anta, Puma dan Rip Curl melalui halaman Ganjaran dalam aplikasi Celcom Life dan MyDigi.

CelcomDigi Mid-Year Sale

Mulai hari ini, pelanggan boleh menikmati tawaran ini dengan melayari laman sesawang CelcomDigi atau mana-mana kedai CelcomDigi. Semua tawaran tersedia untuk masa yang terhad sahaja

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, sila layari https://www.celcomdigi.com/ms/promotions-mid-year-sale.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY