Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi ookla

CelcomDigi Diiktiraf Sebagai Liputan Rangkaian Mudah Alih Terbaik Di Malaysia

Diterbitkan September 3, 2024 · Dikemas kini September 3, 2024 oleh Amalina Athman

CelcomDigi baru-baru ini telah menerima pengiktirafan sebagai liputan rangkaian mudah alih terbaik di Malaysia. Pencapaian itu berdasarkan laporan Ookla Speedtest untuk Malaysia bagi suku pertama dan kedua 2024 (Q1-Q2 2024).

Menerusi analisis data Ookla Speedtest, CelcomDigi mengungguli kategori Liputan Mudah Alih Terbaik dengan Skor Liputan 30.73%. Ia merekodkan kiraan imbasan hampir 249 juta pada 303,016 peranti dan kawasan liputan yang disahkan menjangkau 106,366 km² di seluruh negara.

CelcomDigi Diiktiraf Sebagai Liputan Rangkaian Mudah Alih Terbaik Di Malaysia
Malaysia coverage_q1-q2

Ketika ini, CelcomDigi mengendalikan rangkaian 4G dengan meliputi 97% kawasan berpenduduk di seluruh negara. Ia juga telah memodenkan semua komponen rangkaiannya, iaitu RAN, teras dan pengangkutan, dengan peralatan sedia-5G, yang mana lebih 90% tapak rangkaiannya kini sedia-5G.

Menjelang akhir 2024, CelcomDigi menjangkakan 75% daripada rangkaian syarikat akan dimodenkan, menjadikannya rangkaian digital terbesar dan paling moden di negara ini.

Berkaitan

  • 5G Malaysia Paling Konsisten Di Dunia - Ookla
  • Ookla Perkenalkan 'Status Rangkaian' Pada Aplikasi Speedtest
  • CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps
  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini

Sumber: CelcomDigi Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY