Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ookla status rangkaian

Ookla Perkenalkan ‘Status Rangkaian’ Pada Aplikasi Speedtest

Diterbitkan Mac 6, 2024 · Dikemas kini Mac 7, 2024 oleh ariff bukhari

Ookla Speedtest menambah baik aplikasi Speedtest mereka dengan memperkenalkan ciri baharu, Status Rangkaian.

Ciri baharu ini membolehkan pengguna melihat dengan cepat sama ada peranti mereka berada dalam talian atau tidak.

Bulatan biru

Ookla® Speedtest

Jika anda melihat bulatan biru di sekeliling butang Go apabila anda membuka aplikasi Speedtest, bersama-sama dengan mesej “Menyemak sambungan Internet anda”.

Ookla berkata, pada masa ini mereka menghantar berbilang permintaan kepada berbilang perkhidmatan untuk menyemak status dalam talian anda.

Aplikasi Speedtest menentukan kekuatan sambungan peranti anda berdasarkan kadar kejayaan permintaan ini.

Seterusnya, anda juga akan melihat bulatan berubah kepada hijau, kuning atau merah, bergantung pada keadaan sambungan anda.

Bulatan hijau

Jika semakan awal berjaya, bulatan di sekeliling butang Go akan bertukar kepada hijau dan anda akan melihat mesej “Anda disambungkan ke Internet”.

Ini bermakna anda sudah bersedia untuk menjalankan Ujian Kelajuan untuk mendapatkan gambaran penuh prestasi internet anda atau ujian video untuk melihat sama ada sambungan anda sedia distrim.

Ookla® Speedtest

Bulatan kuning

Anda akan melihat bulatAn kuning dan mesej “Sambungan Internet anda mungkin tidak stabil” jika kadar respon kepada semakan awal lebih rendah daripada yang dijangkakan.

Anda masih boleh meneruskan menggunakan aplikasi Speedtest atau internet secara amnya, tetapi anda mungkin tidak mendapat prestasi yang anda harapkan.

Ookla Perkenalkan ‘Status Rangkaian’ Pada Aplikasi Speedtest

Bulatan merah

Tetapi, jika anda melihat bulatan di sekeliling butang Go  bertukar merah, ia bermakna terdapat kadar tindak balas yang benar-benar lemah (atau tiada respon) pada semakan awal.

Anda juga akan mendapat mesej “Periksa sambungan anda, mengambil Ujian Kelajuan mungkin gagal”.

Jadi, anda boleh menyemak sama ada peranti anda ditetapkan dalam mod pesawat atau mungkin peranti itu perlu dimulakan semula (restart).

Ini juga boleh menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai liputan jika anda menggunakan rangkaian mudah alih atau Wi-Fi anda mengalami isu jika anda cuba menggunakan Wi-Fi.

Ookla Perkenalkan ‘Status Rangkaian’ Pada Aplikasi Speedtest

Ciri Status Rangkaian ini memberi anda gambaran asas tentang apa yang berlaku dengan rangkaian anda hanya dengan membuka aplikasi Speedtest.

Status Rangkaian sudah pun tersedia dalam versi aplikasi Speedtest terkini untuk Android dan iOS yang boleh dimuat turun dari Google Play atau Apple App Store.

Berkaitan

  • Cepat Rebut Prabayar CelcomDigi RM54 Sah Untuk Tempoh Setahun
  • Unifi Perkenal Pelan Prabayar UNI5G WOW Baharu, Data 'Tanpa Had' Serendah RM35
  • U Mobile Dan Unifi Dinobat Catat Peningkatan Terbaik Pengalaman Muat Naik/Turun Tahun Ke Tahun

Sumber: Ookla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY