Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Nasional Berhad

5G Malaysia Paling Konsisten Di Dunia – Ookla

Diterbitkan Februari 28, 2024 ยท Dikemas kini Februari 28, 2024 oleh ariff bukhari

Ookla, peneraju global dalam pemantauan rangkaian dan cerapan kesalinghubungan mengumumkan, Skor Ketekalan (Konsistensi) 5G Malaysia bagi Suku Keempat 2023 sebagai pemenang global dalam kalangan negara yang telah berjaya melancarkan 5G secara komersil.

Malaysia memperoleh skor sebanyak 97.27% dengan diikuti Utara Macedonia pada 94.06% dan Emiriah Arab Bersatu pada 93.88%.

Kedudukan itu sekaligus membuktikan bahawa pendekatan yang diambil negara dalam membina rangkaian 5G merupakan satu kejayaan selepas meraih kedudukan teratas skor ketekalan 5G.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ookla Stephen Bye dalam mengulas perkara itu berkata, anugerah itu jarang diberikan pihaknya dan tidak ramai yang menerima pengiktirafan itu.

Pengiktirafan tersebut telah disampaikan kepada Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil oleh Stephen Bye, Presiden dan Ketua Eksekutif Ookla, pada Selasa, 27 Februari 2024 di Mobile World Congress (MWC) 2024.

5G Malaysia Paling Konsisten Di Dunia – Ookla

Berkaitan

  • Maxis Tayang Teknologi 5.5G Pertama Di Malaysia, Kelajuan Lebih 8Gbps
  • TECNO POVA 6 Pro 5G Dilancar, Tawar Prestasi 'Gaming' Dan Pengalaman Hiburan Baharu
  • CelcomDigi, U Mobile Akan Kongsi Tapak Rangkaian 4G

Sumber: Bernama, DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY