Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Caviar Apple Vision Pro

Caviar Perkenal Apple Vision Pro Dengan Emas 18 Karat, Berharga Lebih RM186 Ribu

Diterbitkan Julai 3, 2023 · Dikemas kini Julai 3, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Jun lalu, Apple telah mengumumkan Vision Pro dengan harga $3,499 (~RM16,350). Terbaharu, syarikat barangan mewah, Caviar telah memperkenal versi tersuai Vision Pro dengan emas 18 karat, yang juga dipanggil sebagai CVR Edition.

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • Gurman: Model Apple Vision Mampu Milik Mungkin Hadir Seawal 2025

Vision Pro CVR Edition dihiasi dengan kemasan lebih 1.5kg emas 18 karat, sementara tali pengikatnya (headband) diperbuat daripada kulit Connolly.

Caviar Apple Vision Pro_3

Bagi Apple Vision Pro asal, ia mempunyai ciri EyeSight, yang membolehkan orang sekeliling melihat mata pengguna menerusi kaca Vision Pro.

Caviar Apple Vision Pro_1
Caviar Apple Vision Pro_2

Namun, dengan Apple Vision Pro CVR Edition, Caviar memberikan pilihan kepada pemakai untuk menutup paparan luaran atau menyembunyikan EyeSight melalui pelindung flip-down dengan kemasan emas 18 karat. Ia bertujuan untuk memberikan privasi kepada pengguna.

Caviar hanya akan menghasilkan 24 unit Vision Pro CVR Edition dengan harga permulaan $39,900 (~RM186,492). Ia dijangka akan tersedia pada 2024.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
©2026 WISER.MY